for starting, aku citer kisah aku dulu la yer
lepas ni korang sambung la kisah masing2
aku berenti keje in my 40s
last job, keje di GLC selama 23 tahun
punca berenti keje, aku dah bosan keje makan gaji
for the last 4 years, HR pindah kan aku ke department lain
work culture dept baru ni macam bodo
dan dapat bos yang macam sial
4 tahun jer aku tahan. workload bertambah.
keje kena cover sampai 2 tempat - melaka & cyberjaya
selalu travelling. promotion takdak.
gaji macam tu jer. elaun tambahan pun takdak
lagi la buat aku sakit hati
tenaga di peras sampai habis. malam flat lunyai hanya untuk tido
kol 9 dah tido. tak dapat buat benda lain. takdak life
stress jangan cerita. sampai aku jadi baran
so one day, something happen, buat aku jadi trigger,
dan aku berenti keje dengan notis 24 jam
malas aku nak citer details kat sini. tak penting
for the last 9 years, aku study fx trading
mmg niat nak buat full time, one day
lepas fasa try and error, sleepless night, and struggle
baru dapat stabil dan konsisten
income tinggi sket dari makan gaji sebelum ni,
yang penting income USD
berbaloi spend masa, tenaga, duit
dalam tempoh 9 tahun mengadap chart berpuluh ribu jam
study macam2 benda sampai rambut & janggut beruban
video ni aku pernah tengok dalam satu seminar fx
jadi inspirasi bagi aku. maybe boleh bagi idea pada orang lain
so bulan ogos 23, aku officially quit from a rat race 9 to 5
jadi fulltime trader
baru ada rasa banyak masa dalam hidup. boleh buat macam benda2
boleh beribadat dengan tenang. boleh pegi masjid
pagi2 orang lain sibuk pi keje,
aku pegi hutan botanikal exercise brisk walk,
kekadang pegi gym. balik pegi sarapan
tengah hari sampai petang lepak rumah,
tengok movie netflix, youtube, or documentary,
or membaca. sambil trade
kalau bosan dok umah. kekadang bawak grab 3,4 jam
saja suka2 nak jumpa orang. reason utk keluar rumah
kekadang bawak aweks cun
tahun ni aku mau enjoy rasa freedom dulu
tahun depan aku nak jadi digital nomad,
travel and stay satu2 tempat selama 2,3 bulan
next year, aku start kat msia dulu. dalam list,
plan nak stay kat langkawi, terengganu, tioman & sabah
masa umur masih muda dan ada tenaga ni la,
aku plan nak travel dan buat macam2 benda
duit ada, masa pun ada
dalam rat race, cuma ada 1 pilihan ajer - masa ATAU duit
kejar duit, takde masa
or banyak masa, tapi fulus nya kurang
sebelum ni selalu terfikir,
takkan nak tunggu umur pencen 60 tahun baru nak try buat benda lain
dah terlambat kalau baru nak rasa lifestyle yang lain
dan nak buat benda2 yang kita minat
aku ada planning. macam2 benda aku nak buat
but first, enjoy freedom
second, travel as digital nomad dalam 4,5 tahun
aku nak travel banyak tempat, dan nak naik cruise ship pi sana sini