CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4894|Reply: 0

[Pahang] Pengurus besar GLC rugi RM106,253 ditipu ‘pegawai polis’

[Copy link]
Post time 22-10-2023 05:37 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

KUANTAN – Seorang pengurus besar sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Bentong mengalami kerugian sebanyak RM106,253.75 selepas diperdaya suspek yang menyamar sebagai pegawai polis.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kejadian bermula 20 Oktober lalu selepas mangsa yang merupakan lelaki berusia 45 tahun menerima panggilan telefon daripada suspek yang menyamar sebagai pegawai polis.

“Suspek memaklumkan kepada mangsa bahawa data peribadinya telah bocor dan bertanyakan mengenai pengunaan kad kredit.

“Mangsa telah memberikan maklumat dua akaun bank miliknya dan maklumat kad kredit untuk pengesahan kepada suspek dan mangsa juga telah mengesahkan nombor kod pengesahan transaksi (TAC) yang diterimanya,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa mula menyedari ditipu apabila mendapati wang simpanan daripada dua akaunnya telah lesap sehingga mengalami kerugian sebanyak RM106,253.75.

Dalam pada itu beliau berkata, pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak memberikan butiran peribadi seperti nombor akaun dan sebagainya untuk tujuan siasatan secara sewenang-wenangnya.

“Orang ramai juga dinasihatkan untuk membuat semakan atas nombor telefon dan akaun bank yang mencurigakan melalui Check Scammers CCID atau melalui laman sesawang https://semakmule.rmp.gov.my/ sebelum membuat sebarang transaksi dalam talian,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... tipu-pegawai-polis/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 09:08 PM GMT+8 , Processed in 1.955615 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list