CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2456|Reply: 0

[Pahang] Remaja sakit saraf, ibu rayu bantuan

[Copy link]
Post time 28-10-2023 04:12 PM | Show all posts |Read mode

NURUL SYAFINAZ Mohd. Nazrul (kanan) disaksikan Nurul Wahida Kamarudin (kiri) menunjukkan jari telunjuk tangan kiri yang bengkak akibat sakit saraf di Felda Kota Gelanggi Dua di Jerantut, Pahang.




JERANTUT: Seorang ibu mengharapkan sumbangan orang ramai bagi meringankan beban ditanggungnya dan suami setelah anak perempuan mereka, Nurul Syafinaz Mohd. Nazrul, 14, menghidap penyakit saraf sejak setahun lalu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, ibu berkenaan, Nurul Wahida Kamarudin, 39, yang merupakan generasi kedua Felda Kota Gelanggi Dua di sini berkata, setiap bulan, RM1,200 dibelanjakan untuk kos rawatan anaknya termasuk tambang kenderaan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan, dekat sini termasuk lain-lain keperluan di rumah.

Katanya, sakit saraf Nurul Syafinaz yang merupakan anak kedua daripada lima beradik itu semakin serius sehingga mengganggu rutin kehidupannya di rumah serta sekolah dan perlu mendapatkan rawatan segera oleh doktor pakar di HTAA.

“Dia (Nurul Syafinaz) mengalami bengkak bermula di jari telunjuk di tangan kiri seterusnya kesakitan berterusan di tangan kiri dan anggota belakang serta beberapa kali tidak ke sekolah akibat kesakitan.

“Saya cuma menunggu panggilan pihak hospital untuk anak saya dalam masa terdekat untuk rawatan dan sehingga kini keadaan sakitnya bertambah serius apabila tidak boleh menggerakkan jari telunjuk serta mengangkat tangan dan lengan kiri,” katanya ketika ditemui di Felda Kota Gelanggi Dua di sini semalam.

Menurut Nurul Wahida, sekiranya tidak mendapatkan rawatan segera kemungkinan anak ketiganya itu akan menderita sakit dan langsung tidak boleh mengangkat beg sekolah, terganggu ketika menyertai kegiatan kokurikulum malah ketika tidur.

“Mana mampu saya menyediakan wang perbelanjaan pengangkutan ke Kuantan dan makan-minum ketika menginap di sana kerana saya cuma menangkap ikan liar di kawasan anak sungai dan menjual di kawasan ladang Felda di sini.

“Kadang-kadang dapatlah RM10 hasil jualan ikan liar dan paling banyak pun rezeki yang saya peroleh cuma RM30 ketika air sungai naik selepas hujan,” katanya.

Menurutnya, suaminya, Mohd. Nazrul Mat Zain, 42, yang cuma membuat kerja sebagai buruh mengambil upah di ladang sawit pun tidak mampu menyediakan wang untuk tambang atau sewa kenderaan termasuk menginap dan belanja makan minum semasa menemani rawatan anaknya di HTAA nanti.

“Hasil upah bekerja bekerja di ladang sawit hanya untuk berbelanja barang keperluan dapur, bil air dan elektrik dan persekolahan mencecah RM2,000 sebulan dan itupun masih tidak mencukupi untuk menampung kebajikan kehidupan kami,” katanya.

Bercerita lanjut, dia berkata, keluarga berkenaan juga berdepan ujian dalam tempoh empat tahun sebelum ini apabila dua anaknya, Nurul Aishah berusia dua tahun dan Nurul Shafiera, 12, mengalami masalah jantung yang sudahpun menjalani pembedahan.

“Tetapi, kedua mereka masih mendapatkan rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN) yang juga memerlukan wang untuk berbelanja ke Kuala Lumpur,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, mereka mengutamakan dahulu rawatan Nurul Syafinaz di HTAA memandangkan keadaan kesihatannya semakin merosot memandangkan bahagian kiri badannya termasuk anggota tangan dan jari kerap sakit.

Orang ramai dan para dermawan yang ingin membantu boleh menghubungi Nurul Wahida Kamarudin menerusi talian 0137154171 atau terus ke akaun Maybank (Nurul Wahida) bernombor 156141469872. -UTUSAN

https://www.utusan.com.my/nasion ... f-ibu-rayu-bantuan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 07:40 PM GMT+8 , Processed in 0.082460 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list