View: 2606|Reply: 16
|
[Politik]
Tak mustahil lebih ramai sokong Anwar jika PN enggan runding
[Copy link]
|
|
Edited by Abahmung at 1-11-2023 09:46 AM
Tak mustahil lebih ramai sokong Anwar jika PN enggan runding
Mohd Farhan Darwis - 31 Oct 2023, 2:13pm
Penganalisis berkata tidak mustahil lebih ramai akan mengikut langkah Ahli Parlimen Kuala Kangsar dan Labuan sekiranya isu peruntukan ‘tergantung’.
Ahli Parlimen Perikatan Nasional Suhaili Abdul Rahman dan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid menyatakan sokongan kepada Anwar Ibrahim.
PETALING JAYA: Lebih ramai Ahli Parlimen pembangkang akan menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim jika pemimpin Perikatan Nasional (PN) tidak berunding dengan kerajaan bagi mendapat peruntukan sama rata untuk semua wakil rakyat, kata penganalisis.
Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar, percaya pemeteraian suatu perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA) seperti ketika pentadbiran Ismail Sabri Yaakob akan meredakan tekanan dalam kalangan PN selepas dua wakil rakyatnya menyatakan sokongan kepada kepimpinan Anwar baru-baru ini.
Semalam, Ahli Parlimen Labuan Suhaili Abdul Rahman mengikut jejak Ahli Parlimen Kuala Kangsar Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid yang menyatakan sokongan kepada Anwar pada 12 Okt lalu, dengan masing-masing sedia berdepan tindakan daripada parti mereka.
“Ahli di bawah perlukan peruntukan tapi pimpinan tak berunding. Tidak ada kenyataan tuntas berkenaan tawaran dibuka Putrajaya kepada pembangkang,” kata Hisomudddin, dan menambah hanya PN akan terjejas jika situasi itu berlarutan.
Beliau menjangkakan tidak banyak pilihan di tangan pimpinan PN jika enggan berbincang dengan pemerintah, selain sekadar meminta wakil rakyat terbabit memberikan surat tunjuk sebab. “Ia beri tekanan kepada PN,” tegasnya.
Sementara itu, Mazlan Ali daripada Universiti Teknologi Malaysia maklum alasan kedua-dua Ahli Parlimen PN terbabit, iaitu mengharapkan dana kerajaan untuk disalurkan ke kawasan masing-masing.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Kuala Kangsar akui beliau tidak sanggup melihat pengundi di kawasannya terbiar semata-mata perbalahan naratif politik.
“Apakah lebih ramai Ahli Parlimen Bersatu akan berbuat demikian? Itu perkara yang tidak mustahil jika lihat trend yang berlaku hari ini,” kata Mazlan kepada FMT.
Awang Azman Awang Pawi daripada Universiti Malaya pula berpandangan kepimpinan PN tidak seharusnya membiarkan isu peruntukan untuk wakil rakyatnya dan perbincangan dengan kerajaan “tergantung” tanpa sebarang keputusan.
“Kalau tak diselesaikan ketua pembangkang, selagi benda itu tak berlaku selagi itulah perkara ini akan terus berlanjutan,” katanya.
“Apabila jadi wakil rakyat mereka perlu mekanisme kerajaan kerana jadi pembangkang itu sukar.”
Sebelum ini, Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari, mempersoalkan keperluan berunding dengan pemerintah untuk peruntukan sama rata, beberapa hari selepas Iskandar mengisytiharkan sokongan kepada Anwar.
Beliau juga mahu pemerintah nyatakan apakah matlamat rundingan itu dan syarat-syaratnya di Dewan Rakyat.- FMT
|
|
|
|
|
|
|
|
Rakyat pilih MP, MP pilih PM.
2 perkara berbeza. Indahnya politik Malaysia.
|
|
|
|
|
|
|
|
kita patut buat sistem dua parti je kot.
tp bersatu mmg parti yg lemah.
camne la pas boleh hanyut kat situ.
Pas yg patut jd ketua pembangkang |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by pengecatbintang at 1-11-2023 06:38 PM
so, apa pendapat penyokong Pee een dalam porum ni?
setuju x dgn langkah sombong pimpinan Pee een x nak runding?
kalo x nak runding, yg jadi mangsa rakyat dikawasan Pee een
so, x selfish ke sikap mcam ni?
ini ke memperjuangkan hak rakyat?
|
|
|
|
|
|
|
|
Terbukti Hamzah zainudin bohong konon mp k.kangsar kena ugut.
Dah kantoi menipu,pasni nk konar kut mna pulak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 1-11-2023 06:49 PM
pengecatbintang replied at 1-11-2023 06:36 PM
so, apa pendapat penyokong Pee een dalam porum ni?
setuju x dgn langkah sombong pimpinan Pee een x ...
apabila hang sendiri 'ckp'..yg jadi mangsa rakyat...tp...masih juga bg peruntukkan berbeza...apa citer...ni??? |
|
|
|
|
|
|
|
pengecatbintang replied at 1-11-2023 06:36 PM
so, apa pendapat penyokong Pee een dalam porum ni?
setuju x dgn langkah sombong pimpinan Pee een x ...
Tak malunya... Peruntukan by right memang hak setiap rakyat & kawasan untuk terima tanpa mengira fahaman politik.
Tapi dapat kat PH, buat peruntukan tu hak mutlak yg keluar dari kocek PH. Nak letak syarat2 ikut kepentingan parti pulak baru akan disalurkan kepada rakyat.
Buruk perangai. Buruk mentaliti. |
|
|
|
|
|
|
|
Perwira2022 replied at 1-11-2023 06:52 PM
Tak malunya... Peruntukan by right memang hak setiap rakyat & kawasan untuk terima tanpa mengira f ...
Baru keluaq gua ka? Memang mcm tu praktis dr dulu.
Oooo byk cntik, bila ph jadi kerajaan, nk suruh bedak dgn musuh, dahla musuh tu 24 jam mengutuk.
Masa zaman sebelum, tak pertikai pulak kenapa mp pembangkang tak dpt peruntukan, dasar jahat dan hati hitam. |
|
|
|
|
|
|
|
Dua2 x boleh pakai.. Sape je naik sama je |
|
|
|
|
|
|
|
itu sbb berunding
btw...
masa abahcow, mail, bijan, tun
mcmana peruntukan utk pembangkang
|
|
|
|
|
|
|
|
so,
masa abahcow, mail, bijan n tun
peruntukan mcmana?
|
|
|
|
|
|
|
|
pengecatbintang replied at 1-11-2023 07:58 PM
itu sbb berunding
btw...
level pemimpin pon x boleh FIKIR....mustahil2... |
|
|
|
|
|
|
|
soalan aku kat ko..
masa Pee Eem Abahcow, Mail, Tun, Bijan..
mcmana peruntukan utk pembangkang
|
|
|
|
|
|
|
|
pengecatbintang replied at 1-11-2023 07:58 PM
itu sbb berunding
btw...
mana mereka skrang..rakyat x pilih lg kan..yg bermakna...rakyat nk perubahan..tp kalu nk ikut yg dulu2 tu.. dgn tulus ikhlas....DIPERSILAKAN. |
|
|
|
|
|
|
|
pengecatbintang replied at 1-11-2023 08:11 PM
soalan aku kat ko..
masa Pee Eem Abahcow, Mail, Tun, Bijan..
dh jwb...pung. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak mustahil ia akan jadi...mustahil. |
|
|
|
|
|
|
|
pilihan yang ada hanya tai jua... pilihan terbaik yang kurang busuk dan kurang mengotor kan.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|