View: 2063|Reply: 0
|
SIC kini dikenali Litar Antarabangsa Petronas Sepang
[Copy link]
|
|
NAMA SIC kini dijenamakan semula. FOTO NSTP
Kuala Lumpur: Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kini dikenali sebagai Litar Antarabangsa Petronas Sepang selepas pemeteraian perjanjian hak penamaan selama tiga tahun antara litar tersebut dengan syarikat minyak dan gas negara itu.
Pengumuman itu dibuat menjelang perlumbaan motosikal Grand Prix Petronas Malaysia 2023 (MotoGP Malaysia) dari 10-12 November ini di litar tersebut.
Ketua Pegawai Eksekutif SIC Azhan Shafriman Hanif dalam kenyataan berkata beliau percaya kerjasama itu akan membawa lebih impak dan lebih banyak jenama akan mengambil peluang daripada nilai tambah itu.
Katanya, kolaborasi itu melambangkan visi dikongsi kedua-dua pihak iaitu komitmen terhadap kecemerlangan, inovasi dan memberikan pengalaman luar biasa kepada peminat tempatan dan antarabangsa serta pengunjung, untuk terus mengangkat kedudukan Malaysia sebagai destinasi sukan dan hiburan.
"Petronas adalah peneraju industri dalam sukan permotoran menerusi penglibatannya dalam Formula 1 dan MotoGP, ini akan membuka peluang untuk menganjurkan lebih banyak acara bertaraf dunia di venue bertaraf dunia kami," katanya.
Sementara itu, Pengurus Besar Kanan Perhubungan Strategik dan Komunikasi Kumpulan Petronas Datin Anita Azrina Abdul Aziz berkata beliau berbesar hati memulakan usaha sama baharu itu dan komited dalam menyokong pertumbuhan industri sukan dan hiburan di Malaysia.
"Perkongsian ini melangkaui hak penamaan sahaja, ia menandakan dedikasi kami untuk mempromosikan acara bertaraf dunia, memupuk pembangunan bakat dan mempamerkan keupayaan negara kita di pentas global," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... gsa-petronas-sepang |
|
|
|
|
|
|
| |
|