CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23503|Reply: 92

Sihir Jerut: Dengarlah Jeritan Batinku.....

[Copy link]
Post time 7-2-2011 09:02 PM | Show all posts |Read mode
SaLAM kpd pembaca sekalian,

Disini saya ingin berkongsi masalah dan mencari jalan untuk mengatasi masalah yang sedang melanda diri ini.. Sekiranya ada sesiapa yang pernah mengalami atau pernah mendengar.. sila beri maklum balas... Saya kini menghidapi penyakit yang tidak dapat dilihat dari mata kasar dan di ubati dengan ubat2 moden... Telah Habis banyak wang ringgit, masa dan keringat untuk saya mencari penawarnya...  Penyakit ini terjadi setelah genap 1 bulan saya bernikah dengan isteri.. Saya seorang lelaki yang normal zahir dan batin... tetapi selepas terkena penyakit /sihir ini saya tidak dapat menjalankan tanggungjawab sebagai suami dengan baik... sihir ini membuatkan saya hilang syahwat untuk bersama atau melihat isteri yang saya cintai... peliknya syahwat saya normal apabila meilhat wanita lain (astaghfirullah... jauhkan aku dari maksiat) Saya membuat pemeriksaan dengan doktor.. doktor mengatakan saya normal dan sihat... saya beralih pula kepada perubatan alternatif / tradisional... setelah banyak bertemu dengan pengamal perubatan alternatif termasuk di pusat perubatan Islam yang terkemuka (Lebih dari 10 orang pengamal)... hampir 90% mengatakan saya terkena sihir... sihir yang dikenalpasti dipanggil 'Sihir Jerut' atau 'Sihir Ikatan Batang Keladi' yang dihantar oleh orang yang tidak gembira dengan perkahwinan kami..... Setelah puas beritihar... saya kembali sembuh hampir 100% (untuk 4-5 bulan sahaja)... Maha Suci Allah... saya dikurniakan seorang zuriat bulan November 2010 lalu... Ini bukti saya bukan mandul atau 'mati pucuk'... Kini saya dilanda kembali masalah yang sama... Saya pun tidak tau dimana hendak mendapatkan rawatan lagi..? Mungkin Allah sedang menguji saya.... kepada pembaca yang sudi membantu... bantulah saya.... saya sungguh tertekan dengan masalah ini.... Sekian.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2011 09:09 PM | Show all posts
sedih dgr masalah ko ni.. mungkin kt sini ada yg bole bantu.. Insyaallah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2011 09:12 PM | Show all posts
Terima kasih Skeezotone.... Mudah2an... Aminn....
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2011 09:16 PM | Show all posts
Terima kasih Skeezotone.... Mudah2an... Aminn....
shahbp Post at 7-2-2011 21:12


dun worry bro.. setiap penyakit ada ubatnya.. nnti ada la pakar2 yg akn masuk sini..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2011 09:18 PM | Show all posts
kesiannya TT, bertabahlah yea
harap2 ada yang sudi membantu TT nih
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2011 09:21 PM | Show all posts
aku prnah dgr psl sihir ni sblom ni.. ni sihir kunci nafsu kt isteri sendiri.. ni lama2 kalo xubat bole porak peranda umah tangga ni.. celaka tol manusia yg hati busuk ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-2-2011 09:28 PM | Show all posts
Reply 6# skeezotone


    Betul tue.... stakat ini isteri saya masih boleh dapat memahami masalah saya... akan datang... hanya Allah je yg tau... sbb tue saya ingin mendapatkan rawatan dengan seberapa segera... bukan tiada tempat lain yang menawarkan rawatan... tapi kos rawatan untuk merawatnya ada yang meminta hingga ribuan ringgit... saya bukanlah orang senang...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2011 10:32 PM | Show all posts
Sedih sgt bila baca citer TT ni. Moga Allah akan berikan kesabaran kepada TT suami isteri dalam menghadapi musibah ini.

Siot sangatlah orang yg buat sihir ni dan lagi siot orang yg minta ribu raban untuk mengubat, menangguk diair keroh, dah lah orang dalam kesusahan, makin di tekannya lagi, macam tak ikhlas je ilmu dia untuk mengubat ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2011 11:16 PM | Show all posts
ambik ribu riban , pas ambik dia pulak kena jerut wakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2011 11:37 PM | Show all posts
Reply 9# Nape?Tak caye?


Aku pun tak faham dgn orang yg kenakan bayaran ribu riban ni, selalunya kalau orang yg betul2 nak menolong dia tak tetapkan harga, ikut ikhlas je
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 12:31 AM | Show all posts
Reply  skeezotone


    Betul tue.... stakat ini isteri saya masih boleh dapat memahami masalah  ...
shahbp Post at 7-2-2011 21:28


ni yg aku xminat nk dgr ni.. berubat sampai mintak ribuan ringgit ni. biasa yg mintak mahal2 ni la byk pembohong.. kalo pngamal perubatan yg baik biasanya akn terima duit seikhlas mungkin.. xde nk tetap2kan harga ni.. kalo tetapkan harga pon maybe xmahal sgt.. xpe bro.. ada la nnti tu, cuma xsampai ms je lg tu.. Insyaallah jupe la nnti.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 03:12 AM | Show all posts
Selain gi berubat, cuba perbanyakkan zikir Ta'awudz iaitu "A'uzubillah...minassyaitonirrajim". Jadikan amalan harian contoh dibaca 20X selepas solat fardhu sehingga menjadi 100X sehari atau lebih lagi tidak mengapa.

Dan Surah Al-Falaq spt kaedah diatas dengan menjadikan wirid harian 20X slps solat fardhu sehingga menjadi 100X sehari atau lebih lagi tidak mengapa.

Atau basahi lidah dgn 2 zikir tersebut. Bacalah dengan khusyuk dan banyakkan solat hajat mintak dgn Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 05:22 AM | Show all posts
aku rasakan laa kan.....solat hajat pastu baca yasin mubin mungkin salah satu kaedah yang bagus bagi kes kes berat mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 05:46 AM | Show all posts
Post Last Edit by Saat at 8-2-2011 05:52
Reply  Nape?Tak caye?


Aku pun tak faham dgn orang yg kenakan bayaran ribu riban ni, selalunya  ...
wizz Post at 7-2-2011 23:37



  aku pun tak faham gak. ,mungkin bagi mereka WANG no. 1. ikhlas dan redha Allah tu blakang kira. yang penting KAYA dulu.

ada aku baca posting sorang forumer yg setuju dengan perawat yg meletakkan bayaran. katanya " sudah sampai masanya martabat perawat dinaik taraf ". jadi bagi dia martabat dan darjat perawat mestilah kaya, berumah banglo dan kereta mewah. barulah Imej perawat Islam tinggi martabat.

dulu aku amat menyanjungi perawat perawat ni...kagum dgn kebolehan mereka merawat penyakit sihir ni. jadi apa mereka aku setuju jer. tapi lama kelamaan aku dapati, seorang perawat tak semestinya sorang yg berilmu dalam ajaran Islam. mereka hanya ada kepakaran khusus dalam perawatan mistik. ini tidak bermakna mereka taqwa dan beriman.

contoh? jom pm aku, ikut aku jumpa sorang perawat kat puchong. masa merawat baca Ayat Quran, sejak aku temankan pesakit berubat dgn dia selama 3 bulan ( hampir setiap hari) dan dari awal pagi sampai tengah malam, belum pernah aku tgk dia solat. sebab ramai pesakit yg datang berubat, penuh je rumah dia, kejap kejap ada kereta sampai depan rumah. aku ni bolehlah dikatakan orang yg paling awal sampai rumah dia setiap hari, dan orang yg paling last balik pada tengah malam kul 2-3 pagi. ramai juga pesakit yg sembuh atas rawatan dia. sampai dh macam rumah sendiri la plak. ada masa tu bila pesakit semua dah abis, ada juga dia ajak gi kedai minum dan makan.  ada satu masa tu tengah borak borak, terlepaslah dari mulut dia " zaman sebelum Nabi muhammad, ada solat 5 waktu ke? kalau mcm tu nabi ibrahim, nabi nabi dulu ta solat 5 waktu kira berdosa la ke?

apa yg dia cuba sampaikan ialah, jika dah berilmu dan dah sampai level tinggi, solat tu dah tak payah sebab tak akan jejaskan iman dan tauhid. begitu laa sesatnya perawat ni.

sedangkan kalau kita baca kisah Syeikh Abdul Kadir Jailani, semasa dia berzikir tiba tiba muncul satu cahaya dan mengaku sebagai Allah, dan berkata "  maka pada hari ini aku halalkan kalau engkau tak perlu solat lagi" (lebih kurang something like that la). tapi syeikh Abdul kadir sedar bahawa solat adalah wajib 5 waktu, dan dgn itu dia tahu cahaya yg mengaku sebagai Allah itu adalah syaitan..!!!

  nota :  ada sekali tu bila aku call dia kata tatau bila nak mengubat lagi. hehehe....akhirnya dia tak jawap call aku lagi dah. aku rasa sebab dia tak mampu nak pulihkan pesakit yg aku bawak. bayangkan laa hampir 6 bulan berulang alik berubat dgn dia. dan kerana pesakit ni laa dia telah bertukar kaedah rawatannya, sampai dia tertekan dan bukak kitab hijau....tatau laa kitab apa ni...sebab katanya dah 5 tahun dia bukak kitab ni, dia hanya bukak apabila kes kes berat saja. nampaknya pesakit yg aku bawak ni bebetul mencabar kebolehan dia...hehehe..

then satu berita aku terima dari kawan aku, di mana kawan ni aku juga yg bawak berubat dgn perawat ni. kawan aku ni sembuh plak.......ok kawan aku ada jumpa aku dan bagitau perawat ni tak suka aku sebab bila dia merawat, aku berzikir dan ini menganggu kerja dia. padahal aku zikir dalam hati je....mana ada ganggu....ishhhh.

agaknya sebab aku zikir laa kot, pesakit yg aku bawak berubat dgn dia tak sembuh sembuh....hahahahaha....
jadi sebab itu laa aku sgt berhati hati nak bawak kawan berubat dgn mana mana perawat selagi aku tak pasti kaedahnya. semua perawat pun mengaku tak pakai jin bagai.

akibat daripada pengalaman aku bergaul dgn perawat ni, menjadikan aku banyak bertanya, apa kaedah? kenapa mcm ni, mcm tu...nak baca apa? apa kaedah tarik jin dalam badan? aku bebetul nak tau. dan keadaan ni membuat ramai perawat tak suka aku...

tapi kalau perawat ustaz ustaz ni, baik pulak, setiap pertanyaan aku dijawap dgn ikhlas dan terus terang. setiap kali nak berubat, dia plak suruh semua yg ada sama sama zikir dan baca apa yg patut. kan bagus tu. agaknya kalau perawat yg tak betul, memang tak suka org bertanya kaedah rawatannya kot..!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 09:25 AM | Show all posts
kesian kat tt nasihat saya kalau nak berubat tu pastikan dulu perawat tu...kalau mintak ribu riban tu maknanya kurang ikhlas lah tu tapi kalau stakat mintak untuk belanja perjalanan atau belanja berpatutan tu oklah perawat pun ada tanggungan juga ini kalau perawat sepenuh masa tapi kalau yang bukan sepenuh masa biasanya mereka tak tetapkan berapa ikut ikhlas kita jeee....
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 09:27 AM | Show all posts
aku pun tak faham gak. ,mungkin bagi mereka WANG no. 1. ikhlas dan redha Allah tu blakang ki ...
Saat Post at 8-2-2011 05:46
tu la...
aku ada kawan..dia ni aku x taulah kepakaran dia , tp waktu dia tarik jin ker apa ka dalam daban aku memang ada rasa benda dia tarik... dului ketika jumpa dia mesti muka aku rasa panas , seperti ada bahang...

kalo aku jumpa dia akuuambik wudguk dulu.. hehehe kalo tak panas semacam jer muka aku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2011 09:48 AM | Show all posts
sangat2 benci ngan orang yang penuh ngan perasaan busuk ati cam tuh
eeeee....ko tunggu je la balasan yang Allah akan turunkan
mase tuh ko tau la langit tuh tinggi ke rendah (motif aku emo sangat ni nape? haha)

and tak suke jugak ngan perawat yang letak harga tinggi2..
nampak sangat2 tak ikhlas...nak duit je huh
spesis ni pun tak akan selamat
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 10:16 AM | Show all posts
selalunya perawat yg iklhas x minta bayaran cuma minta pengeras je..
tu pun x banyak mana...kekadang tu main "cent" je..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 10:47 AM | Show all posts
Post Last Edit by ninja9 at 13-2-2011 22:23

ada beberapa yg selalu merawat biasa berforum disini...bro hantukiller, bro edy, puan eazzad, n beberapa lg...bro saat tu selalu tolong orang cari perawat  n boleh kot pm bro te_peng tanya2..

cuba contact mana2 sbb pesakit yg akan cari perawat n kata orang berubat ni ikut kesesuaian jg...berubat n jgn berputus asa k..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 12:16 PM | Show all posts
Sihir Jerut: Dengarlah Jeritan Batinku.....
SaLAM kpd pembaca sekalian,

Disini saya ingin berkongsi masalah dan mencari jalan untuk mengatasi masalah yang sedang melanda diri ini.. Sekiranya ada sesiapa yang pernah mengalami atau pernah mendengar.. sila beri maklum balas... Saya kini menghidapi penyakit yang tidak dapat dilihat dari mata kasar dan di ubati dengan ubat2 moden... Telah Habis banyak wang ringgit, masa dan keringat untuk saya mencari penawarnya...  Penyakit ini terjadi setelah genap 1 bulan saya bernikah dengan isteri.. Saya seorang lelaki yang normal zahir dan batin... tetapi selepas terkena penyakit /sihir ini saya tidak dapat menjalankan tanggungjawab sebagai suami dengan baik... sihir ini membuatkan saya hilang syahwat untuk bersama atau melihat isteri yang saya cintai... peliknya syahwat saya normal apabila meilhat wanita lain (astaghfirullah... jauhkan aku dari maksiat) Saya membuat pemeriksaan dengan doktor.. doktor mengatakan saya normal dan sihat... saya beralih pula kepada perubatan alternatif / tradisional... setelah banyak bertemu dengan pengamal perubatan alternatif termasuk di pusat perubatan Islam yang terkemuka (Lebih dari 10 orang pengamal)... hampir 90% mengatakan saya terkena sihir... sihir yang dikenalpasti dipanggil 'Sihir Jerut' atau 'Sihir Ikatan Batang Keladi' yang dihantar oleh orang yang tidak gembira dengan perkahwinan kami..... Setelah puas beritihar... saya kembali sembuh hampir 100% (untuk 4-5 bulan sahaja)... Maha Suci Allah... saya dikurniakan seorang zuriat bulan November 2010 lalu... Ini bukti saya bukan mandul atau 'mati pucuk'... Kini saya dilanda kembali masalah yang sama... Saya pun tidak tau dimana hendak mendapatkan rawatan lagi..? Mungkin Allah sedang menguji saya.... kepada pembaca yang sudi membantu... bantulah saya.... saya sungguh tertekan dengan masalah ini.... Sekian.....


shahbp Post at 7-2-2011 21:02
Kes sebegini memang banyak berlaku.

Penyebabnya ialah jin jin sihir yg dihantar tu ditugaskan untuk menutup pintu shahwat si suami dengan menghuni bahagian otak yg berfungsi untuk mengawal sahwat sesaorang. Yg siisteri pula akan dimasuki jin juga tetapi untuk menyebabkan sisuami tak ber'selera' bila melihatnya.


Kaedah rawatannya pula ialah nak kena hapuskan semua jin ditubuh kedua suami isteri tersebut, jin jin yg stanby dan jin jin yg masih ada pada tukang sihir atau pada yg suruh menyihir(penyihir).
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.125609 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list