|
VERSTAPPEN meraikan kemenangan di Sao Paulo, Brazil. FOTO Reuters
Sao Paulo: Max Verstappen meraih kemenangan ke-17 musim ini selepas mengatasi cabaran awal Lando Norris di Grand Prix Sao Paulo, awal pagi tadi.
Juara dunia tiga kali dari Red Bull itu menamatkan perlumbaan dengan 8.277 saat (s) di depan pemandu McLaren, Norris manakala jaguh Aston Martin, Fernando Alonso berada di tangga ketiga dengan hanya 0.053s meninggalkan seorang lagi pemandu Red Bull, Sergio Perez.
Alonso dan Perez bertarung sengit sebelum pelumba Sepanyol itu memintas seteru dari Mexico itu di pusingan terakhir.
Juara dunia tujuh kali Lewis Hamilton berakhir di tangga kelapan untuk Mercedes sekali gus penamat terburuk pasukan itu tahun ini dengan seorang lagi pelumba mereka George Russell terkeluar di pusingan ke-11.
Bagi Verstappen, ia kemenangan ke-52 dalam kariernya, mengatasi juara empat kali Alain Prost dalam senarai pemenang terbanyak sepanjang zaman.
"Sangat-sangat bagus," kata Verstappen. "Perlumbaan menepati apa yang dirancang pasukan, pit stop yang sempurna dan dilakukan dengan cemerlang. Saya mempunyai dua permulaan sangat bagus dan sangat penting dan kemudiannya penggunaan tayar yang tepat."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... n-menang-kali-ke-17 |
|