View: 1131|Reply: 0
|
Azeem tak pernah putus asa, sentiasa percaya diri sendiri
[Copy link]
|
|
Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi ketika beraksi di Sukan Asia Hangzhou. - NSTP/ASYRAF HAMZAH
KUALA LUMPUR: Tiada istilah berputus asa dalam kamus kehidupan jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi.
Perkara itu ditegaskan Azeem ketika menjawab soalan daripada pengikutnya di laman Instagram miliknya, semalam.
Seorang pengikutnya bertanya sama ada dia pernah berasa berputus asa? Namun, Azeem membalasnya dengan menjawab: "Berputus asa? Tiada dalam kamus saya."
Pemegang rekod kebangsaan 100 meter (m) dengan catatan 10.09 saat (s) itu turut menjawab pertanyaan seorang lagi pengikutnya yang mengenai kunci menjadi konsisten dan jawapan yang diberikan Azeem:
"Kesabaran adalah kunci paling utama. Percaya dengan proses dan sentiasa percaya dengan diri sendiri. Perkara yang baik memerlukan masa," katanya.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai sasaran utamanya pada 2024, Azeem, berkata fokus utama adalah Sukan Olimpik Paris 2024.
Azeem turut diminta berkongsi gambar yang membuatkan dia berasa bangga dengan pencapaiannya oleh seorang pengkutnya dan dia membalas dengan memuat naik gambar ketika menaiki podium pada Sukan Asia Hangzhou, September lalu.
Di Hangzhou, Azeem yang kini melanjutkan pengajian dan mengikuti latihan di Universiti Auburn di Amerika Syarikat berjaya memenangi pingat gangsa dalam acara 100m dengan catatan 10.11s.
Dia berada di belakang pelari China, Xie Zhenye yang memenangi emas dengan catatan 9.97s manakala atlet Thailand, Boonson Puripol perak (10.02s).
https://www.bharian.com.my/sukan ... ercaya-diri-sendiri |
|
|
|
|
|
|
| |
|