Walaupun sudah empat tahun mendirikan rumah tangga, bagaimanapun perkahwinan pempengaruh Fila dengan suaminya yang berasal dari Guinea, Afrika Barat, masih dikecam segelintir warga maya.
Terbaharu, Fila tampil memuat naik hantaran memaparkan komen seorang individu lelaki mengenai perkahwinannya menerusi hantaran di TikTok.
Menerusi hantaran tersebut, dapat dilihat komen lelaki tersebut yang menganggap Fila ‘asal boleh’ dalam memilih calon suaminya.
Tenang dengan komen tersebut, Fila dilihat memuat naik momen kebaikan serta kelebihan yang dimiliki suaminya, Adama.
Antara kelebihan dan kebaikan yang ditunjukkan ialah kerajinan suaminya itu dalam mencari rezeki, berpelajaran tinggi serta berupaya menguasai tujuh bahasa yang berlainan.
"Eee ada hati nak kata kita ni asal boleh pilih suami, elok lagi suami aku dari kau.
"Lagi satu dia tinggi, kau tu setakat duduk celah ketiak dia ja. Okay bye," tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan individu tersebut yang dilihat seakan mempertikai jodoh Fila dan Adama.
Menurut mereka, sekurang-kurangnya Adama mempunyai ciri-ciri seorang suami yang bertanggungjawab di samping mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dalam bidang akademik.
Sumber: Oh Bulan
|