View: 11720|Reply: 0
|
[GAMBAR]
KENANGAN RAYA ZAMAN DULU-DULU- TAHUN 80AN-90AN
[Copy link]
|
|
Edited by akeefz at 17-11-2023 07:43 PM
Memang tak boleh tak layan lagu-lagu raya evergreen yang selalu fyp di tik tok.. dalam hati menangis mengimbau kenangan raya zaman 80 an-90 an dahulu..
Suasana seminggu sebelum raya, rumah-rumah pasang pelita diy keliling rumah..
Arwah ayah dan mak bawa kita yang masih kecil pegi pekan kecil yang ada kedai baju yang serba sederhana, beli pakaian baru. Tak mahai pun tak mengapa, yang penting baju raya serba baru. Pagi raya nak tunjuk pada kawan-kawan..
Lepas tu persiapan menjelang raya tu, cari kad kad raya simpan dalam kotak, buka balik nak hias di dinding rumah.. campur ngan kad raya yang baru dapat..
Malam raya pulak, aduh syahdu nya tukar sarung kusyen disulam takbir raya mendayu dari speaker masjid.. Budak-budak mula main bunga api dan mercun dentum dentum sana sini..
Pagi raya raya macam tak tidur semalaman, pejam celik dah mandi sunat raya.. Pakai baju melayu, jalan kaki pimpin tangan arwah ayah ke masjid..
Huhu.. aduhai memori yang mengamit kenangan.. Mati hidup semula pun tak dapat dah rasa sekarang ni.. Kenangan yang telah lama berlalu...
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|