CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7684|Reply: 30

"Saya Bukan Mr H"

  [Copy link]
Post time 18-11-2023 02:45 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: "Saya bukan Mr H," demikian ditegaskan Pengarah Bahagian Latih dan Pendidikan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Muhamad Hakim Ramlee yang turut dikenali sebagai Ustaz Hakim Ramlee.


Muhamad Hakim menafikan dakwaan penulis blog kontroversi, Raja Petra Kamarudin yang mendakwa beliau adalah Mr H, selain menyifatkan tuduhan itu sangat berniat jahat.






Beliau juga mengakui masih menganggotai PKR, namun enggan mendedahkan perincian lanjut berhubung perkara itu.


"Saya tak boleh beri kenyataan lanjut kerana dituduh oleh Raja Petra. Saya pun tak tahu, saya rasa (Mr H) bukan saya kot, salah orang ini.


"Saya tak boleh beri pandangan lanjut mengenai perkara ini dan sudah dinasihatkan tidak berbuat demikian. Namun, saya nafikan (dakwaan Raja Petra). Apa kena mengena dengan saya pula?


"Tuduhan ini sangat random (rambang), saya pun tak tahu. Tiba-tiba (dikaitkan dengan Mr H), macam mana boleh naik saya sebagai Mr H?" katanya.


Beliau mengulas ciapan Raja Petra, mendakwa ahli PKR itu dalang yang menerbitkan rakaman video berunsur lucah, membabitkan bekas Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff dan penolong pegawai J-KOM, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani yang tular di media sosial, kelmarin.


Raja Petra malam tadi dipetik berkata, "Tahniah 'Mr H', penerbit movie J-KOM sex in the office scandal, best Malaysian movie Twin Towers award (skandal seks dalam pejabat J-KOM, filem terbaik Malaysia yang memenangi anugerah menara berkembar)."


Menerusi entri sama di aplikasi X, Raja Petra turut memuat naik poster pelantikan Muhamad Hakim ke jawatan Pengarah Bahagian Latih dan dan Pendidikan J-KOM yang turut memuatkan logo PKR.


Semalam, Abdul Wahab, 33, dipetik mendakwa, diarah pegawai atasan yang digelarnya sebagai 'Mr H' untuk merakam perbualan bersama Mohammad Agus, selain mengakui merakam perbualan video berkenaan, namun isi perbualannya bukan seperti yang tersebar dan tular di media sosial itu.


Tanpa mendedahkan identiti Mr H, Abdul Wahab berkata, apa yang berlaku dalam video yang tular itu adalah konspirasi daripada individu berkenaan.


Kelmarin, tular video berdurasi lebih tiga minit mengenai perbualan jelik membabitkan dua individu berkenaan, dengan Agus turut dilapor menghantar surat peletakan jawatan beliau selaku Ketua Pengarah J-KOM.


Agus ketika sidang media malam tadi, menafikan ketulenan video itu, sebaliknya mendakwa ia disunting pihak tertentu.





Sumber: Harian Metro



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2023 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Dikambing hitam kan.
Memang perangai nonok2 mcm ni ka? Ko tak puas hati je dgn org tu terus ko pegi aibkan.
Video jemin semburit, video jagus tu smua keje org dalaman je.... Video nuart chinadoll pun bff sendiri yg release....teruk giler peegayarr....
Tikam jubo, tikam belakang...
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2023 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Ustaz PKR  
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2023 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
saya bukan mr H ..saya mister Hulk wokey?
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2023 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Hulk Hogan tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2023 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Reka lagi watak kaber2...
Kan dah merata orang gali?
Hadap ler

Apabila kunyit rahmah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2023 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts

yg kesedapan agus&wahab...yg lain kene tiaw
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2023 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia sorang jahh ka nama mula dgn hurup H?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2023 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Habis semua pegawai nama H bg statement nnt...
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2023 09:29 PM | Show all posts
Amboi sihat nye..Bam Bam
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2023 08:26 AM | Show all posts
Hahaha..kalau Mr H pakai muka dia ni buat VC dgn Agus konfem tkder selera si Agus tu..sbb tu dia hantar Si Wahab ni..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2023 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Deleted....
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2023 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
adizero11 replied at 19-11-2023 08:26 AM
Hahaha..kalau Mr H pakai muka dia ni buat VC dgn Agus konfem tkder selera si Agus tu..sbb tu dia han ...

Tak menahan meols baca komen


Masih terpikir camna rakam perbualan tanpa audio
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2023 08:58 AM | Show all posts
3chanceno replied at 19-11-2023 08:50 AM
Tak menahan meols baca komen

guna bahasa isyarat mungkin
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2023 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni whistle blower tp berkomplot kantoitkan si a&w
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2023 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Sorang je nama bos uruf H.
Hawau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2023 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 18-11-2023 04:35 PM
Dia sorang jahh ka nama mula dgn hurup H?

Dalam banyak-banyak buah, buah apa yang mula dengan huruf H?
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2023 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 19-11-2023 10:34 AM
Dalam banyak-banyak buah, buah apa yang mula dengan huruf H?

Harumanis

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2023 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 18-11-2023 04:31 PM
yg kesedapan agus&wahab...yg lain kene tiaw

Sempat ke bersedapan?
Ekceli bideo vc tu masa bila rekod dh lama ke atau baru je lagi?

Aritu masa pc duk bersebelahan tak rasa apa2 ke depa
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2023 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 19-11-2023 10:34 AM
Dalam banyak-banyak buah, buah apa yang mula dengan huruf H?

Hambutan, hagung, horen, hambu, hurian
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 03:50 AM GMT+8 , Processed in 0.061984 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list