View: 4568|Reply: 0
|
Novak Djokovic rangkul trofi ATP Finals
[Copy link]
|
|
Djokovic muncul juara ATP Finals menewaskan Sinner. – AFP
TURIN – Bintang tenis sensasi dunia, Novak Djokovic tidak menunjukkan tanda-tanda untuk memperlahankan rentak selepas melalui satu lagi musim terbaik dengan muncul sebagai pemenang terbanyak saingan ATP Finals dengan tujuh gelaran.
Pada usia 36 tahun, Djokovic masih mampu untuk melakar rekod baharu tersebut selain memiliki 24 gelaran Grand Slam serta mengakhiri musim di kedudukan No. 1 dunia untuk kali kelapan dalam kariernya.
Pada saingan yang berlangsung di Turin itu, Djokovic berjaya membenam cabaran dua pemain muda sensasi, Carlos Alcaraz di separuh akhir sebelum menggunakan pengalamannya menjinakkan Jannik Sinner 6-3, 6-3 pada aksi final awal pagi semalam.
“Saya sentiasa memiliki cita-cita dan sasaran yang tinggi. Ia tidak akan berubah untuk tahun depan pastinya. Keinginan saya masih menebal dan saya mahu melakukannya.
“Motivasi terutama ketika menghadapi saingan besar masih lagi kekal sama. Bagi saya, aksi Grand Slam, Finals dan harapnya dapat beraksi untuk temasya Sukan Olimpik pada tahun hadapan,” katanya.
Djokovic mengakui sasaran utamanya musim hadapan adalah untuk memenangi pingat emas pada saingan Olimpik Paris berbanding gelaran Grand Slam.
Dalam pada itu, Sinner mengakui bahawa pencapaian yang dilakukan oleh Djokovic pada usianya ketika ini memberikan inspirasi dan menjadikan itu sebagai pembakar semangat untuknya melakar lebih banyak kejayaan.
“Dia (Djokovic) telah bekerja keras setiap masa sepanjang kariernya, terutama ketika dia masih muda. Ketika ini dia sedang menikmati apa yang telah diusahakan. Saya menjadikan itu inspirasi buat diri sendiri,” jelasnya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... l-trofi-atp-finals/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|