CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2040|Reply: 0

Lalat ditemukan dalam usus lelaki

[Copy link]
Post time 23-11-2023 03:26 PM | Show all posts |Read mode

LALAT yang ditemukan dalam usus pesakit lelaki berkenaan. FOTO American Journal of Gastroenterology,


Washington: Menggemparkan apabila doktor di Missouri, Amerika Syarikat (AS) menemui lalat ketika melakukan pemeriksaan usus seorang pesakit lelaki berusia 63 tahun.

Portal Independent UK melaporkan, Ketua Gastroenterologi di University of Missouri, Matthew Bechtold, dia dan doktor lain menemukan lalat itu dan mengesahkan ia sudah mati.

Pesakit itu keliru dengan penemuan itu dan tidak tahu bagaimana serangga itu masuk ke dalam badannya.

Pesakit itu memberitahu doktor dia hanya mengambil cecair sebelum prosedurnya dan dua hari sebelum itu, dia makan piza serta salad, tetapi tidak ingat ada seekor lalat berada pada mana-mana makanan yang dimakannya.

Dia tidak mempunyai gejala yang menunjukkan sudah menelan serangga itu.

Penemuan yang diterbitkan dalam American Journal of Gastroenterology, mewakili "penemuan kolonoskopi yang sangat jarang dan misteri bagaimana lalat itu menemui jalan masuk ke kolon".

Bechtold mencadangkan beberapa cara di mana lalat itu mungkin pergi ke tempat terakhirnya itu melalui pengambilan atau dengan memasuki dubur lelaki itu, namun dia dan rakan-rakan doktornya masih tidak pasti.

Katanya, jika lalat itu masuk melalui mulut pesakit, enzim pencernaan atas dan asid perut akan menguraikan lalat itu.

Bagaimanapun, keadaan lalat itu masih baik, menjadikan hipotesis itu kurang tepat.

"Jika (masuk) dari bawah, bukaan mesti dibuat cukup lama untuk lalat terbang tanpa dikesan ke dalam kolon dan entah bagaimana pergi ke bahagian tengah kolon tanpa cahaya dalam usus besar yang sangat melengkung.

""Bagaimanapun, ini nampaknya tidak mungkin juga."

Dalam beberapa kejadian, lalat dan larva masuk ke dalam manusia dan menyerang usus, yang dikenali sebagai myiasis usus.

Serangga boleh meletakkan telurnya pada makanan, yang kemudiannya dimakan oleh manusia dan, dalam kes yang jarang berlaku, bertahan dengan asid perut dan persekitaran gastrousus, menurut Perpustakaan Perubatan Negara.

Dalam sesetengah kes di mana larva ditemukan dalam najis sesetengah pesakit, individu terbabit dilaporkan mengalami cirit-birit, sakit perut, loya dan muntah.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 01:03 AM GMT+8 , Processed in 0.776116 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list