Post Last Edit by Jaza2008 at 18-2-2011 17:20
Anuar terkebil-kebil memandangruang tamu yang berwarna ungu lembut. Sejak tadi jari jemarinya terasa sejukibarat berada didalam peti ais. Suasana yang tampak meriah tadi bagaikanberansur pergi. Duduk dihadapannya kini wajah Pakcik Zamri dan Makcik Nia.Sejak kedatangannya tadi tidak dinafikan, dia disambut dengan rasa sopan danditerima baik oleh kedua orang tua Zira. Wajah tenang pakcik Zamri dankelembutan yang terlukis di wajah makcik Nia membuat hatinya yang resah sejakmula kembali reda. Itu yang membuat hatinya menebak yang dia pasti dapatmemiliki kekasih hatinya dengan restu orang tua Zira.
Selesai dijamu makan tengahari,Anuar dibawa duduk diruang tamu. Yang membuat hatinya mula tidak selesa Zira dipanggilduduk sama. Ini semua arahan dari ayah Zira.
“Dah lama kenal Zira?” itumukadimah pertama yang keluar dari bibir pakcik Zamri. “Lama jugapakcik, hampir 3 tahun.” Ada getardisuara Anuar.
“Lama juga? Tak pernah pun Zira cakapapa-apa.” Duga ayah Zira. Pandangan Anuar jatuh pada Zira dan kemudian pakcik Zamri.Terkesan kerutan di dahi ayah Zira. Anuar sudah merasai peluh sejuk mengalir dialurtulang belakangnya.
“Bukan tak nak cakap bah, Cumadalam jangka masa tu kami saling mengenali hati budi masing-masing.” Senyumandibibir Zira membuat Anuar kembali tenang. Pakcik Zamri tersenyum sama. MakcikNia hanya bertindak sebagai pemerhati. Tiada satu suara pun yang keluar daribibirnya. Riaknya tidak dapat diteka kerana kelembutan dan ketenangan yang dipamerkansukar untuk mentelaah hatinya.
“Jadi dah lebih kenallah ni?”Pakcik Zamri mengusik.
“Ermmm….” Anuar sudah mengelabah.Zira dah tersenyum sumbing.
“Ayang ada nak cakap apa-apa ke?”Pakcik Zamri mengalih pandangan kepada makcik Nia.
“Ayang nak cakap sikit.” Hanya ituyang keluar dari bibir makcik Nia. Anuar nampak Zira dah kembali mengemaskanduduknya. Wajahnya pucat semacam. Pakcik Zamri hanya terdiam. Tiada senyumanmesranya lagi. Anuar sudah mula tak sedap hati. Iyalah dengan pakcik Zamrisudah terasa kemesraannya tetapi bila makcik Nia bersuara semuanya jadi senyapsepi. Macam dalam bilik mesyuarat menunggu CEO membuka kata gamaknya.
“Makcik nak tanya satu soalan sajadengan Anuar.” Kata-kata makcik Nia tetap tenang terluncur tetapi yang pasti hatiAnuar yang tidak tenang. Anuar sempat memandang Zira dan kelihatan Zirabenar-benar dalam kekalutan. Memang Zira ada bercerita tentang mamanya.Bercerita perihal sikap makcik Nia yang tidak banyak karenah dan lembut melayananak-anaknya tetapi dalam rumah semua orang amat takut kalau makcik Nia membukamulut. Menurut Zira, mamanya bukan queen control abahnya tetapi sekali makcikNia berkata abahnya pun boleh terdiam. Mamanya bukan jenis yang mudah marahtetapi jika dia ingin menegur akan dipanggil anak-anaknya satu persatu masukkedalam bilik. Itu yang paling ditakuti oleh adik-beradik Zira yang seramai limaorang. Apa yang terjadi dalam bilik itu tidak pula Zira bercerita lanjut tetapiyang pasti mereka takut mengadap makcik Nia dalam bilik tidurnya. Jadi Anuarmengambil keputusan orang yang sebegini lagi amat digeruni.
“Apanya makcik?” dalam gementarAnuar memberanikan bersuara. Lembut suaranya bagi mengatasi ketegasan bicara makcikNia.
“Tadi kamu berdua sebulat suaramenyatakan bahawa kamu berdua mengambil masa hampir 3 tahun untuk mengenalihati budi masing-masingkan?” mata makcik Nia terarah kepada Anuar. Tiba-tiba jeAnuar rasa kerongkongnya terasa kesat bagaikan ada pasir.
“Betul ke Anuar? Betul ke Zira?”sekali lagi Anuar tercekik. Zira dah tak tahu rupa apa. Diam tidak berkutik.Pakcik Zamri hanya memandang. Tiada niat hendak menyampuk kerana beliau tahuapa yang makcik Nia buat pasti mempunyai alasan yang tersendiri. Rumahtanggayang dibina hampir 3 abad menjadikan dia sudah masak segala liku-likunyadidalamnya.
“Betul ma!” Hampir tak kedengaransuara Zira menyiakan pertanyaan makcik Nia.
“Anuar?” pandangan makcik Niaterarah kepada Anuar. Walaupun pandangan itu tidak mengandungi api yang membaratetapi bagi Anuar pandangan itu bagaikan sedang membakarnya rentung.
“Betul makcik. Kami ambil masauntuk mengenali diri masing-masing supaya bila dah kahwin nanti tiada yangterkilan.” Luah Anuar sambil memandang Zira. “Jadi!kalau begitu, sebelum makcik memberi kata putus berkenaan hubungan kalianberdua. Makcik nak tanya satu saje. Bagi kamu Anuar yang akan menjadi ketuakeluarga dan akan mengepalai sebuah rumahtangga. Apakah maksud sebuahperkahwinan?” lancar makcik Nia mengeluarkan kata. Tercengang Anuar bila mendengar soalan taraf UPSR yangdiajukan padanya. Terasa nafas ditarik legakerana baginya itu adalah soalan yang lazim ditanya oleh masyarakat. Semasakursus perkahwinan yang dihadiri dulu pun sudah menerangkan erti sebuahperkahwinan. Ingatkan nak tanya berapa simpanan Anuar dibank atau berapa ribu duithantaran Anuar nak beri pada anaknya Zira. |