View: 1301|Reply: 5
|
Bakal menantu Fandi Ahmad naib juara Miss Universe 2023
[Copy link]
|
|
Bakal menantu Fandi Ahmad naib juara Miss Universe 2023
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/Anntonia1_1700884088.jpg)
ANNTONIA meraih tempat kedua Miss Universe 2023 baru-baru ini
Singapura: Teman wanita kepada pemain bola sepak Singapura Irfan Fandi bukanlah 'biasa-biasa' apabila pasangannya itu Anntonia Porsild dinobatkan sebagai naib juara Miss Universe 2023 baru-baru ini.
Anntonia yang berdarah kacukan Thailand-Denmark diumumkan sebagai pemenang tempat kedua pada pertandingan Miss Universe kali ke-72 yang berakhir di El Salvador hujung minggu lalu.
Pertandingan itu dimenangi Ratu Cantik Nicaragua Sheynnis Palacios manakala model Australia, Moraya Wilson ditempat ketiga.
Seperti yang diketahui ramai, Anntonia yang bekerja sebagai model adalah teman wanita kepada Irfan yang juga anak kepada legenda negara itu Fandi Ahmad.
Ketika ini, Fandi adalah pengendali kepada kelab Liga Super di Malaysia iaitu Sri Pahang FC.
Irfan, 26, menerusi laman InstaStory menyampaikan mesej kepada Anntonia untuk meraikan kejayaannya.
"Tiada kata-kata boleh menggambarkan betapa bangganya saya terhadap awak! Awak amat menakjubkan. Ratu hatiku! Saya cinta awak @porxild," tulisnya.
Anntonia turut membuat hantaran di Instagram untuk melahirkan rasa terima kasihnya atas sokongan yang diterimanya sepanjang pertandingan itu.
"Saya memberikan segala-galanya di atas pentas malam ini untuk Thailand, untuk semua orang yang percaya kepada saya dan menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup saya.
"Saya minta maaf kerana tidak dapat membawa pulang mahkota itu dan saya amat berterima kasih atas semua kasih sayang dan sokongan yang saya terima sepanjang perjalanan ini. Tanpa sokongan anda, saya tidak akan berdiri di sini hari ini," tulisnya.
Pada masa sama, dia juga berjanji untuk berusaha ke arah memenuhi impiannya dan ingin menjadi pencetus galakan bagi mereka yang ingin mengejar impian mereka sendiri.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -miss-universe-2023
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
so sheols ala2 kena convert moslem la nanti kan..ke kat singapore ala2 tak kisah macam kat indon? atau fefeeling kawin sivil jah? matilah kepochi |
|
|
|
|
|
|
|
bini fandi ahmad pun convert utk kawin.. taktau la anak ni
|
|
|
|
|
|
|
|
memula terkonpius apsal wakil sg tp darah thai denmark Ni kapel jarak jauh ka. |
|
|
|
|
|
|
|
gf baru ke ni? dah takde ya dgn budak silat tu? kenmain ko dik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Klau level world class player percaya gak aku dikatakan bakal menantu.perjalanan pompuan tu baru bermula.....![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|