View: 4197|Reply: 0
|
Klinik Nafi Tular Laporan Kesihatan, Aisyah Hijanah Enggan Besarkan Isu Mahu Selesai Secara Dalaman
[Copy link]
|
|
Selepas Alif Teega didakwa memukul Aisyah Hijannah, muncul pula paparan skrin laporan kesihatan memaparkan kecederaan dialami oleh wanita berusia 28 tahun itu.
Namun Aisyah atau Aisyah Hijanah Azhari, 28, memilih untuk tidak mengesahkan sebarang dakwaan tersebut kerana tidak mahu membesar-besarkan hal berkenaan.
Foto: IG
"Saya maklum mengenai beberapa hal yang telah pun tersebar dan diketahui umum.
"ertama, saya tidak boleh menafikan mahupun membenarkan mana-mana perkara kerana tidak mahu semakin lama semakin besar hal ini," katanya menerusi satu hantaran di Instastory pada Khamis.
Aisyah turut memohon kepada mana-mana individu yang menyebarkan berita tersebut untuk tidak lagi melakukan tindakan berkenaan.
Katanya, perkara tersebut hanya membawa kepada keadaan yang lebih teruk.
"Biarlah saya dan yang terlibat untuk menyelesaikan hal ini dari sudut dalaman. Buat masa ini, saya dan Alif dalam keadaan yang baik-baik sahaja," ujarnya.
Dalam hantaran lain, Aisyah turut menafikan laporan kesihatan mendakwa dia didera suami yang tular di media sosial itu disebarkan oleh pihak klinik.
"Saya perlu bertanggungjawab bagi pihak klinik dan laporan ini bukan disebarkan oleh pihak klinik," ujarnya.
Sebelum ini, laporan kesihatan Aisyah di sebuah klinik swasta tular dan dia dikatakan mengalami bengkak pada lengan setelah didakwa direntap oleh suaminya dalam satu kejadian pada 10 Oktober lalu didakwa berlaku pertengkaran antara mereka.
Dalam rekod itu juga, Aisyah didakwa telah dipukul beberapa kali oleh suaminya dalam tempoh setahun dan kali terakhir adalah pada 8 November lalu.
Pada Ahad lalu, Alif membuat pengakuan dia berpoligami dan penjelasan tindakannya itu dibuat bagi mengelakkan timbul sebarang fitnah di kemudian hari.
Aisyah pula meminta orang ramai tidak bercakap buruk mengenai perkahwinan kedua suaminya itu dan meminta mendoakan kebahagiaan Aliff dan isteri baharunya yang tidak didedahkan identitinya.
Isu ini menjadi lebih hangat selepas ahli keluarga Aisyah Hijanah tampil membuat pendedahan mendakwa Alif pernah memukul isterinya dan mereka sekeluarga mengetahui serta menjadi saksi terhadap setiap perkara yang berlaku.
Malah Amirul Adni Rustam iaitu sepupu dan juga adik susuan Aisyah mendakwa, Alif turut menjalinkan hubungan dengan wanita lain ketika Aisyah sedang hamil anak ketiga. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
| |
|