CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14646|Reply: 9

Maryam Akui Terkilan Penampilannya Dikritik, Selalu Doa 'Perjalanan' Sebagai Mualaf Dimudahkan

[Copy link]
Post time 9-12-2023 02:53 PM | Show all posts |Read mode
Personaliti media sosial Maryam You Narae mengakui ecewa apabila terdapat segelintir netizen yang mudah menghakimi penampilannya di media sosial meskipun ramai tahu dia masih baru memeluk Islam.


Kata Maryam, dia terkilan setiap kali membaca komen-komen negatif tentang penampilannya sedangkan masih ramai individu di luar sana yang belum menutup aurat dengan sempurna.






"Apa salah saya sebagai mualaf yang masih belajar tentang Islam ini sering dihukum?


"Bukankah ramai lagi orang Islam di luar sana yang masih belum menutup aurat?," katanya.


Pun begitu, Maryam yang juga merupakan isteri kepada pempengaruh media sosial Ryzal Ibrahim ini memberitahu dia sentiasa berdoa kepada Allah SWT untuk membantu perjalanan hidupnya sebagai mualaf di Malaysia dipermudahkan.


Dalam perkembangan lain, Maryam juga baharu sahaja melancarkan produk khimar dengan jenama Maryamnarae.


  



Dia memulakan bisnes pakaian muslimah ini sebagai tanda untuk menghargai nikmat rezeki yang telah dikurniakan Allah.


Bagaimanpun, pelakon filem Mat Tudung Begins ini akui agak terkilan apabila pemakaian khimar masih belum boleh diterima ramai lebih-lebih lagi di negara kelahirannya, Korea Selatan.


“Pada Oktober lalu, saya balik ke Korea. Saya ada berkongsi video memakai khimar ketika ke pasar. Video tersebut telah viral dan menerima 12 juta tontonan.


“Orang-orang di Korea melihat saya dalam keadan pelik. Sebagai manusia, saya juga ada perasaan takut dan tertanya-tanya apa yang mereka fikirkan.


“Buat pertama kalinya, saya mengeluh kepada Allah. Kalau nak saya memeluk Islam, kenapa lahirkan saya sebagai orang Korea dan bukannya orang Malaysia? Kenapa beri saya situasi susah?,” ujarnya lagi.


Bagaimanapun, hal tersebut tidak sesekali melunturkan semangatnya untuk berkongsi tentang keindahan Islam.


  



“Kemudian saya dapat jawapan. Kerana saya orang Korea Selatan dan seorang muslim, jadi, lebih mudah untuk saya mendekati mereka dan berkongsi tentang Islam.


“Saya akan terus tunjukkan perkara yang baik-baik. Sama seperti suami saya, Ryzal. Ketika dia membawa saya memeluk Islam, dia tak pernah paksa saya buat itu ini tapi dia menunjukkan contoh.


“Bila sudah terbiasa, saya pula ada keinginan untuk belajar sendiri. Setiap perkara yang berlaku ada prosesnya. Kita tak boleh terus berubah 360 darjah,” ulasnya lagi.


Untuk rekod, Maryam dilaporkan mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Imam Masjid Itaewon, Seoul, Korea Selatan pada 11 Julai 2019.


Maryam mendirikan rumah tangga dengan Ryzal atau Nik Muhammad Rizal Nik Ibrahim, 31, pada 15 Ogos 2019 selepas mengenal hati budi di Korea Selatan.


Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Rina yang kini berusia dua tahun.




Sumber: mStar, Media Hiburan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2023 01:24 PM | Show all posts
mcm badut dia ni
aku menyampah kat laki pendek dia
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2023 08:06 AM | Show all posts
Kau siapa?
Serious kalau cerita tentang dia aku scroll cepat2..
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2023 10:37 AM | Show all posts
laki dah macam badut pondan dah semua top to toe nak sarung branded item, try so hard tetap nampak busuk kepam dengan katik dia lagi... perangai pun berlagak nak mampos..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 03:34 PM | Show all posts
semoga suami sheols takde jantan lain
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by CoffeeOverdose at 12-12-2023 04:02 PM

balik korea tk glamer. kat Malaysia kena la try hard kan? aku klu npk posts laki bini sampah ni, aku block ajer. menyampah dgn bini terpekik terlolong mcm anjing. laki pulqk cam gampang..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2023 10:09 AM | Show all posts
dh lebih 2 tahun tak de nya istilah mualaf lagi sister. dah jadi mukalaf macam kita.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2023 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
NazRysha replied at 10-12-2023 01:24 PM
mcm badut dia ni
aku menyampah kat laki pendek dia

Hahahha. I pernah naik flight sekali dengan family ni. Duk economy je, then naik lift skali dlm airport. Suami dia nampak cheap2 je tak nampak kaya mcm yang cuba di potray dlm ig.
Very thw opposite.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2023 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Die ni ok la jgk
Tp laki die tu yg turn off sgt

Perangai cm napok pendek huwaaa
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2023 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
iols menyampah dengan laki diaa. diaa nie ok laaa sikit.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:34 AM GMT+8 , Processed in 0.044194 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list