View: 10008|Reply: 0
|
MotoGP: Ducati sedia terima Marquez
[Copy link]
|
|
MARQUEZ memiliki kontrak semusim bersama Gresini dan mungkin menjadi pilihan Ducati jika beraksi cemerlang musim depan. - AFP
LONDON – Pengarah Sukan Ducati Corse, Paolo Ciabatti tidak menolak sebarang kemungkinan bahawa pihaknya akan mendapatkan khidmat Marc Marquez pada 2025 selepas kebanyakan kontrak pelumba akan berakhir pada penghujung musim 2024.
Ketika ini, Marquez hanya mengikat kontrak semusim bersama Gresini dan jika pelumba Sepanyol itu benar-benar kompetitif musim depan, pelumba berusia 30 tahun itu tidak mustahil mampu mengikat kontrak dengan pasukan utama Ducati.
Pada sesi ujian di Valencia, Marquez tampil cemerlang biarpun kali pertama menguji jentera buatan Itali itu sekali gus ramai menjangkakan perebutan gelaran dunia 2024 pasti menarik.
Bagaimanapun, Ciabatti menegaskan isu gaji akan menjadi masalah kepada mereka sekiranya Marquez benar-benar kompetitif bersama jentera Ducati pada tahun depan.
“Oleh kerana kami tidak mempunyai sebarang pelumba yang pasti untuk 2025, saya akan katakan tanpa masalah bahawa Marc (Marquez) akan menjadi salah seorang calon untuk pasukan kilang.
“Sudah pasti ada aspek penting untuk diketengahkan iaitu dari sudut ekonomi yang belum pernah kami alami sebelum Covid-19. Penunggang terbaik sepertinya boleh mendapat gaji yang sangat tinggi,” katanya.
Ducati masih mempertahankan Francesco Bagnaia dan Enea Bastianini hingga musim 2024. Masa depan Bagnaia dilihat terjamin selepas dia menjulang gelaran dunia MotoGP berturut-turut.
“Ketika ini, kami hanya mahu menikmati percutian dan meraikan kemenangan di Bologna. Selepas itu baru kita bincang mengenai kontrak awal tahun depan.
“Apa yang boleh saya katakan ialah Bagnaia dan Ducati ingin melanjutkan perjalanan terbaik ini bersama-sama,” tambahnya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... dia-terima-marquez/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|