CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26767|Reply: 0

Azroy raih 2 kemenangan, Kasma juara keseluruhan MSBK

[Copy link]
Post time 18-12-2023 07:26 PM | Show all posts |Read mode

Kasma muncul juara keseluruhan kelas MSBK1000. - Foto ihsan TWMR

KUALA LUMPUR: Pelumba Boon Siew Honda Racing Team, Azroy Hakeem Anuar meraih dua kemenangan di pusingan kemuncak Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK) semalam tatkala gelaran juara keseluruhan bagi kelas MSBK 1000 A sah menjadi milik Kasma Daniel Kasmayuddin yang mewakili pasukan Yamaha Gen Blu Racing.

Azroy berjaya menemui garisan penamat lebih awal pada Perlumbaan 2 dan 3 bagi Pusingan 3 musim di Litar Antarabangsa Sepang untuk menamatkan kempen dengan 111 mata, ketinggalan 61 mata di belakang Kasma manakala Azlan Shah Kamaruzaman (Horizon Racing Team) di kedudukan kedua keseluruhan dengan 128 mata.

"Perlumbaan 3 hampir sama dengan Perlumbaan 2... saya agak bergelut dengan jentera. Saya tidak tahu kenapa... sudah banyak pelarasan dan perubahan yang dilakukan di sepanjang musim ini dan ia sepatutnya menjadi lebih baik tetapi apa yang berlaku sebaliknya.

"Saya merasa asing dan tidak dapat keserasian (dengan jentera). Saya sukar untuk bersaing dengan pesaing tetapi apapun, tahniah kepada Azroy atas kejayaannya. Kita akan kembali bersaing pada tahun depan," kata Kasma.



Pada pusingan kemuncak itu, Kasma memulakan saingan dengan meraih kemenangan pada Perlumbaan 1 sebelum menamatkan Perlumbaan 2 di tempat kelima dan kembali bangkit berada di pentas podium di Pusingan ketiga apabila berada di tempat ketiga.

Azlan Shah pula melengkapkan ketiga-tiga perlumbaan di pusingan berkenaan dengan konsisten, menamatkan saingan masing-masing di tempat kedua untuk secara keseluruhan mengumpul 128 mata bagi musim ini.

Dalam kelas MSBK 600, pasukan Boon Siew Honda Racing boleh tersenyum lebar apabila dua pelumbanya - Helmi Azman dan Khairul Idham Pawi - masing-masing menamatkan kempen dengan berada di tangga pertama dan kedua.

Namun saingan kelas ini tertumpu kepada pelumba muda SIC Racing Team berusia 16 tahun, Hakim Danish Ramli yang meraih dua kemenangan pada Perlumbaan 2 dan 3 dan kedua di Perlumbaan 1 pada penyertaannya di Pusingan 3 itu.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:36 AM GMT+8 , Processed in 0.043029 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list