View: 17401|Reply: 24
|
Kenal pasti lakaran ‘pelaris’ di kedai makan
[Copy link]
|
|
Kenal pasti lakaran ‘pelaris’ di kedai makan
Tangkap layar hantaran tersebut di aplikasi X
PETALING JAYA – Penggunaan kaedah lakaran pelaris iaitu ilmu atau jampi yang diyakini mampu mempromosikan kejayaan perniagaan menjadi bualan hangat di media sosial.
Namun, amalan ini mendapat sorotan daripada pihak berkuasa agama terutamanya dalam konteks ajaran Islam.
Seorang pengamal perubatan Islam di Pusat Rawatan Al-Idrus, Ustaz Syafiq Mujahid mengungkapkan bahawa penggunaan pelaris dalam bentuk fizikal atau magis adalah bertentangan dengan ajaran Islam.
“Bila masuk kedai, bahu kita jadi berat, sakit pinggang, sakit lutut dan siapa bawa anak kecil, bila masuk kedai tiba-tiba dia meraung dan menangis, itu antara ciri kedai yang menggunakan ‘pelaris’ kerana mereka boleh melihat perkara-perkara ini,” jelasnya.
Ustaz Shafiq menegaskan, sebelum menjamu selera di mana-mana kedai, kita perlu melihat sekeliling sama ada terdapat ‘pelaris’ seperti lakaran atau tangkal tergantung di pintu dan di kaunter pembayaran yang boleh memberi kesan negatif kepada pelanggan.
Menerusi perkongsian @mysantaitv di aplikasi X, kaedah pelaris yang popular ialah lukisan bernama wafaq, yang mengandungi ayat-ayat tertentu seperti nama-nama Allah, huruf Arab, simbol geometri dan kalimah suci al-Quran.
“Wafaq biasanya digantung dalam bingkai di dinding, di atas pintu dan tingkap, diikat pada tiang rumah, disimpan dalam bekas dan diletakkan tinggi di dalam rumah atau bilik,” katanya.
Seorang pengguna media sosial yang mahu dikenali sebagai Jan, berkongsi pengalaman dia dan suami pernah makan di kedai yang menggunakan lakaran pelaris di Terengganu.
“Saya pernah makan di restoran Siam, kali pertama saya makan, mi celup dia memang sedap. Jadi saya ke sana semula. Tapi, kali ini saya makan menghadap pintu kedai dan saya perasan pemilik kedai itu menggantung bingkai yang mengandungi ayat-ayat pelik.
“Lepas itu saya berhenti makan. Suami saya dah siap sedut kuah dan siap nak habiskan makanan saya. Saya terus ajak dia balik dan cerita kat rumah. Kalau saya cerita kat sana, lain pula nanti jadinya,” kongsi Jan. – KOSMO! ONLINE
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... ris-di-kedai-makan/
|
|
|
|
|
|
|
|
I nak cerita kesah I dgn mak I pergi satu restoran lauk pauk melayu kat Shah Alam..
Kedai tu famous dgn lauk-lauknya yang berpuluh jenis.. Bg mak I and I , weols suka makan kat sana sebab sedap rasanya. Plus banyak lauk, ada ulam, budu, dan banyak kuih lah.
Sebulan sekali or dua kali, kdg2 mak I ajak I pergi situ. Beli lauk, or makan situ. Nak dijadikan cerita satu tgh hari I dgn mak I pergi kedai tu. Masuk kedai tu mcm biasa and makan-makan. Lepas tu tgh I duk makan mata I terpandang dinding kedai makan itu. Lukisan wafaq tu.. Kebetulan before that I ada baca pasal wafaq ni bila tgk kedai tu letak I terus cakap kat mak I,
"Mak, kedai ni guna pelaris ni.. Tgk tu.." I tunjuk beberapa frame wafaq yg tergantung di dinding.
Mak I pun mcm dengar je la antara pcy tak pcy.
I keep cakap la dkt mak betul ni, ni la kena panggil wafaq.. Guna jin pelaris bla bla bla.. Panjang cerita I kat mak pasal wafaq (eksyen cerita kat mak sbb I baru je terbaca pasal wafaq)
Tapi alang-alang I dah halfway makan.. I just habiskan la nasi di pinggan I.
Lepas dah habis, both mak and I pergi beratur ke kaunter nak bayar. Kebetulan harga semua sekali RM30. Mak I tak cukup duit dlm beg dia, online pun tak boleh.. I pulak purse tertinggal dalam kereta. I teringat I ada RM50 dlm purse I. So I cakap dgn akak kaunter, kejap sy ambik duit kat kereta, then I suruh mak I tunggu kat restoran tu. Duduk je kat situ sementara I jalan ke kereta pergi ambik duit I RM50 tu. I park agak jauh dlm 50 metre away
So I ingat moment ni, I jalan dlm panas tgh hari tu, pergi kat kereta, ambik duit I RM50 sekeping.. Then berjalan kembali ke kaunter. Then mak I yg duduk di kerusi tanya "ada tak duit?"
I just angguk and pergi dekat kaunter tu beratur balik. Tak panjang dalam 3-4 org before me. Mak I pun join I sama beratur. Lepas tu time sampai turn I kat kaunter, akak kaunter tu bantai buat dek je dkt I dgn mak.. Dia terus layan and org yg beratur after kitorg. Lepas dua org dia bayar, I pandang akak tu.. Akak tu pandang I balik.
"Kenapa dik?" dia tanya I.
"Nak bayar kak yg tadi" I jawab balik
"Lahh kan adik dahh bayarrr" Akak tu jawab
"Ehh belum lah kakk td kan sy tak cukup duit baru je sy ambik duit kat kereta" I jujur je
"Belum bayar td dik" Mak I mencelah
"Dah bayar, semua RM30 kan tadi sy dah siap bagi baki dahhh" Akak kaunter cakap lagi
I bingung.. So I nak keluarkan duit RM50 tu nak bagi akak tu, I bukak purse..
Seriau darah I nampak ada RM20 sekeping dalam tu. I pandang mak, mak pandang I..
Bila kita bayar tu??? Mak I pun terkejut. Sebab dlm memori kita dua, takde langsung yang kita dah pergi bayar..
Both of us have no memories of that at all.
Mak I kata last dlm memory dia, I pergi kereta, jalan dtg balik, then dia and I sama2 beratur nak bayar kat kaunter.
Sama jugak, I pun mcm tu. I hanya ingat moment jalan pergi kereta, ambik duit RM50 sekeping, jalan balik ke kaunter and tunggu turn beratur nak bayar.
Bila masa I bayar, bila masa akak kaunter bg baki, bila masa duit RM20 tu masuk dlm purse I, langsung takde dalam memory kitorg dua.
Mak I seram, dia kata ni pelik sbb kita dua2 mcm tak sedar / terpukau at the same time. I suspek jin2 belaan dorg pasang telinga I dok mengumpat pasal wafaq tu then saje la nak main2kan kitorg dua. huhu
Sudahnya, I dgn mak serik.. Tak pergi langsung dah ke restoran tu sampai skrg.. Haha
|
|
|
|
|
|
|
|
Hi jamrosak. Terima kasih share cerita experience you. Serius seram jugak. So far mata i masih lagi berhijab. Tak pernah lagi nampak bende yang orang kedai letak, atau orang buat anasir kat kedai makan orang lain.
Tapi kadang2 risau jugak. Semoga kita semua sentiasa dilindungiNya.
|
|
|
|
|
|
|
|
jamrosak replied at 2-1-2024 04:48 PM
I nak cerita kesah I dgn mak I pergi satu restoran lauk pauk melayu kat Shah Alam..
Kedai tu famo ...
Bagi laaa hint kedai mana sis. Boleh dielakkan kalau boleh. Anak sedara saya autism dah banyak kali refuse to go kedai Nasi Lemak U**** green****. Wallahualam |
|
|
|
|
|
|
|
jamrosak replied at 2-1-2024 04:48 PM
I nak cerita kesah I dgn mak I pergi satu restoran lauk pauk melayu kat Shah Alam..
Kedai tu famo ...
Sisthur..bagi clue skit..seksyen 8 ke kedai tu ye? |
|
|
|
|
|
|
|
Konpem ke di wafaq tu ade jin? atau skadar wafaq kosong dan kita pula anxiety lebih, dah jadi fitnah pula ke atas tuan kedai...suatu persoalan |
|
|
|
|
|
|
|
pocongkiutss replied at 4-1-2024 01:56 PM
Sisthur..bagi clue skit..seksyen 8 ke kedai tu ye?
i pun teringat seksyen 8. i selalu pegi situ sebab banyak pilihan dari kuih muih ke lauk pauk semua. cuma parking je jenuh carik. alaaaa jgn la restoran ituuu |
|
|
|
|
|
|
|
Kedai2 makan famous yang panjang2 yg dah diruntuhkan kat KL tu pon, aku pernah nmpk salah satu kedai tu gantung ayat wafaq ni… sebabtu lain mcm penuh sokmo kedai2 kat situ… |
|
|
|
|
|
|
|
jamrosak replied at 2-1-2024 04:48 PM
I nak cerita kesah I dgn mak I pergi satu restoran lauk pauk melayu kat Shah Alam..
Kedai tu famo ...
u.. kedai ni.. yg mula dgn ‘H’ atau ‘A’? |
|
|
|
|
|
|
|
Yg perasan kalau beli di kedai yg ramai sgt org walaupun menu tu nasi dgn lauk pauk lengkap nanti lepas 1 jam makan memang rasa lapar balik mcm x makan langsung apa2. So selalu kalau jadi mcm tu memang syak kedai tu ada pelaris.. |
|
|
|
|
|
|
|
spttnya org melayu Islam ni pakai pendinding bknnya pelaris...
kedai mkn kt rumah aku pun kuat main bomoh...siap tanam benda dpn kedai org...kedai cina kt situ yg tunjuk cctv...pusing2 pun org yg sama...semua saling kenal antara satu sama lain... |
|
|
|
|
|
|
|
jamrosak replied at 2-1-2024 04:48 PM
I nak cerita kesah I dgn mak I pergi satu restoran lauk pauk melayu kat Shah Alam..
Kedai tu famo ...
Aku ponah makan kedai ni. Mak haku kalo kat Shah Alam memang takmo makan kedai lain.. Patot la. |
|
|
|
|
|
|
|
vanilacup replied at 8-3-2024 09:57 AM
Yg perasan kalau beli di kedai yg ramai sgt org walaupun menu tu nasi dgn lauk pauk lengkap nanti l ...
Asid perut u tinggi kot. Maybe masa tu u makan seafood, makin berasid perut. So u akan lapar cepat. Siap masuk angin kalau tak makan |
|
|
|
|
|
|
|
Nope tiada isu perut x ok atau badan x ok ketika itu. Makan dan less dari 1 jam lapar balik walhal masa tu beli nasi campur bukan mee goreng etc...
|
|
|
|
|
|
|
|
lepas dah baca kat forum cari, pegi makan kat restoran aritu trus mata melilau mencari bende ni,tak jumpe so, ok lah.. |
|
|
|
|
|
|
|
pelaris ni aku penah nampak kt restoren halal kat ho chi minh, vietnam..sesapa yg tahu malaysia street tu, ada 2 kedai makan halal..salah satu kedai tu ade benda ni...diorg tampal kt belakang frame...aku ternampak sbb tepi aku ade cermin..so reflek dr cermin tu blh nampak belakang frame...
kedai makan kt shah alam berdekatan politeknik tu pon ade, diorg tampal kt kaunter...mmg ramai org kt kedai tu, makanan dia pon sedap dan pelbagai |
|
|
|
|
|
|
|
btw aku pernah nampak wakaf yg lg ngeri dr gambar kt atas tu...bentuk org, setiap sudut mcm jari, telingan hidung sampaikn ke kemaluan ada ayat2...xtau utk apa benda tu tp mmg aku seram btol bila nampak wakaf tu |
|
|
|
|
|
|
|
yang pelik kenapa dia tulis bentuk jenazah la tengkorak la..yang tu je ke bole buat pengasih? |
|
|
|
|
|
|
|
jamrosak replied at 2-1-2024 04:48 PM
I nak cerita kesah I dgn mak I pergi satu restoran lauk pauk melayu kat Shah Alam..
Kedai tu famo ...
Kedai 's#@&' shah alam ke? I pernah pergi kat seksyen 8 tu. Impressed dengan puluhan jenis lauk pauknya. Nampaknya akan dicancel untuk pergi la lepas lepas ni |
|
|
|
|
|
|
|
sampai udah Jam rosak x bagi info kedai yg mana.
kongsi la dengan masyarakat.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|