View: 24985|Reply: 5
|
Kareena Kapoor Sindir Industri Bollywood Yang Mementingkan Penampilan
[Copy link]
|
|
Sebelum ini Kareena Kapoor berkongsi pengalaman ketika melakukan pengambaran dimana terdapatnya adegan di mana kamera berada sangat dekat dengan mukanya dan terus bergerak di sekelilingnya.
Kareena Kapoor mengakui yakin dengan penampilannya, dan tidak gentar sekiranya garis-garis halus dan kedutan pada kulit wajahnya kelihatan di kamera.
Dia juga seolah-olah menyindir industri Bollywood yang selama ini mementingkan penampilan.
"Saya percaya pada penampilan saya. Saya tidak kisah jika garis di wajah saya mula kelihatan kerana ia adalah sebahagian daripada saya," katanya.
Pelakon Kareena Kapoor juga turut mendedahkan punca kenapa dia mampu bertahan sekian lama dalam industri perfileman Bollywood.
Menurut Intepseleb, Kareena berkata dia berbeza dengan pelakon atau aktres lain.
Beliau menambah bahawa seseorang itu perlu mencari keperibadian mereka yang unik lagi kukuh dalam industri filem Bollywood.
"Kini, pelakon perlu sentiasa membuat kenyataan. Saya tidak boleh melakukannya. Saya hanya akan membuat keputusan dengan tegas.
"Jika tidak, saya tidak akan dapat bertahan lama seperti sekarang dan hanya akan layu dalam pertandingan ini, tekanan ini, perbandingan penampilan ini dan penampilan itu.
"Lebih-lebih lagi dengan kedatangan pelakon dan pelakon yang lebih muda dan segar," katanya lagi.
Dia menyatakan bahawa dia perlu tegas dalam membuat keputusan dan peningkatan usia serta kedutandimukanya adalah sebahagian daripada dirinya itu.
Sumber: Murai |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Terima laa hakikat dh berusia..memang industri hiburan skrg memerlukan pakej penampilan yg menarik utk tarik minat penonton.. |
|
|
|
|
|
|
|
ko tu tak lawa ....mcm pondan |
|
|
|
|
|
|
|
gitulah jadi pelakon kann
dolu2 zaman dia muda2 mmg lawa sgt walaupn muka agak maskulin bg aku tapi still berlakon menari mmg best tgk...
last citer dia aku tgk yg veera di wedding tu..masih lawa tapi lagi terserlah maskulin muka dia |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni makin tua makin bersegi plak jadinya |
|
|
|
|
|
|
|
kareena masa muda sangat lawa & seksi...tp tetaplah xboleh lawan cantik kakak dia dr muda bawak ke tua |
|
|
|
|
|
|
| |
|