View: 7288|Reply: 9
|
Populariti, kekayaan tiada berguna jika abai anak sendiri – Jet Li
[Copy link]
|
|
TAIWAN: Superstar global, Jet Li mendedahkan dia terpaksa melupakan sebentar dunia lakonan dan kehidupan selebriti selepas anaknya, Jada mengalami kemurungan lantaran kesibukkannnya.
Jelas Jet Li, 60, Jada yang kini berusia 20 tahun mula mengalami kemurungan ketika usia tujuh tahun dan keadaan mental anaknya itu bertambah teruk sehingga mahu membunuh diri.
“Saya terlalu sibuk dengan kehidupan sebagai selebriti sehingga mengabaikan anak dan keluarga. Saya biarkan isteri seorang menjaga keluarga. Keadaan itu membawa kemurungan yang melampau kepada Jada.
“Tetapi selepas mendapat tahu kondisi Jada semakin teruk, saya mengambil keputusan untuk berehat seketika, sekitar 2004. Saya tidak tahu apa yang berlaku, rasa seperti ayah yang tidak berguna.
“Ketika itu memang rasa kecewa, tetapi saya harus berterima kasih kepada Jada. Dia mengajar saya untuk kembali kepada mengenal tanggungjawab dan amanah terhadap keluarga,” ujarnya.
Bintang filem terkemuka dunia itu mendedahkan perkara tersebut ketika ditemubual pengacara, Sisy Chen menerusi program, Ask Sisy baru-baru ini.
Untuk info, pelakon Romeo Must Die tersebut mendirikan rumah tangga dengan bekas pelakon, Nina Li Chi pada 1999 dan dikurniakan dua anak perempuan, Jane, 23, dan Jada.
Jet Li juga mempunyai dua lagi anak perempuan hasil perkahwinan pertamanya dengan bekas aktres,Huang Qiuyan.
Dalam pada itu, keadaan mental Jada itu juga menyedarkan Jet Li bahawa populariti dan harta tidak memberi sebarang erti jika dia gagal menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ayah.
“Ketika itu, saya mungkin bintang di mata peminat tetapi bukan di hati anak saa sendiri. Saya berkali-kali meminta maaf kerana mengabaikan dia. Saya terlalu mengejar dunia glamor.
“Saya tahu, saya bukan ayah yang baik. Tetapi saya mohon peluang sekali lagi untuk kembali belajar menjadi seorang ayah. Saya hanya mahu dia, Jane dan Nina beri peluang itu,” ujarnya.
Jet Li dalam temubual itu juga turut berkongsi dia dan Jada sama-sama menjelajah ke Tibet selama tiga bulan sehingga keadaan mental anaknya itu kembali stabil.-UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... nak-sendiri-jet-li/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bagusnya Jet Li ni
tak macam jackie Chan |
|
|
|
|
|
|
|
tapi katanya JC ignore anak lesbo dia yg nak menghabis harta je.
partner anak dia tu pun spesis lintah.
itu yg kena disowned tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
oo..
gitu rupanya
tq info
|
|
|
|
|
|
|
|
Kat china Nina li chi
Kat us Nina Ricci
|
|
|
|
|
|
|
|
anak jantan sangkut dadah
|
|
|
|
|
|
|
|
iya ke?
aduh...
kesian pula anak-anak tak menjadi.
|
|
|
|
|
|
|
|
sbb tu rupanya lama x tgk Jet Li berlakon filem2 br. Ingatkan dia sakit sbb rasanya ada 1 masa dulu, dia sakit klu x silap. |
|
|
|
|
|
|
|
Yoonggi replied at 5-1-2024 02:52 PM
sbb tu rupanya lama x tgk Jet Li berlakon filem2 br. Ingatkan dia sakit sbb rasanya ada 1 masa dulu, ...
Kann..rasa mcm ada srticle info dia x sihat |
|
|
|
|
|
|
|
JC la kata ni..bukan JL..
anak jantan berlakon filem byk yg flip
|
|
|
|
|
|
|
| |
|