CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35050|Reply: 0

[Kelantan] Lelaki OKU temu jodoh diusia 54 tahun

[Copy link]
Post time 30-12-2023 04:08 PM | Show all posts |Read mode

Nik Mahmood (kiri) dan Harinah ketika bersanding pada majlis perkahwinan mereka di Kampung Bunut Sarang Burung, Tumpat kelmarin. FOTO ROSLIZA MOHAMED

TUMPAT – Seorang Penolong Pegawai Tadbir di Politeknik Jeli yang juga merupakan orang kelainan upaya (OKU) fizikal bersyukur apabila isteri yang baru dikenali selama tiga bulan menerima kekurangan dirinya.

Nik Mahmood Nik Abd. Majid, 54, yang mengalami kecacatan pada bahagian kakinya sejak lahir lebih gemar bergerak sendiri menggunakan tongkat tanpa kerusi roda.

Menurutnya, dia tidak menyangka dapat bertemu jodoh dengan Harinah Ibrahim, 42, ketika sudah menginjak ke usia 50-an selepas diperkenalkan oleh rakan sekerjanya pada September lalu.

Nik Mahmood memberitahu, perkahwinannya berlangsung pada 24 Disember lalu di rumah isteri di Kampung Ayer Lanas, Jeli sebelum majlis bertandang di rumahnya di Kampung Bunut Sarang Burung di sini kelmarin.

Menurutnya, dia yang bertugas di Jeli perlu berulang-alik ke tempat kerja sejauh 180 kilometer setiap hari dari Tumpat dengan memandu kereta.

Katanya, meskipun berstatus OKU, dia tidak pernah menganggap kekurangan diri itu sebagai penghalang untuk membuat atau melaksanakan tugas seperti orang lain.

“Saya sudah 20 tahun berulang-alik ke tempat kerja. Selepas ini, kehidupan saya sudah berbeza apabila sudah mendirikan rumah tangga,” katanya.

Sementara itu, Hanirah yang bekerja sebagai pembantu di sebuah klinik pergigian di Jeli berkata, dia bersyukur dan menerima seadanya keadaan fizikal suaminya. – KOSMO! ONLINEhttps://www.kosmo.com.my/2023/12 ... oh-diusia-54-tahun/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 02:38 PM GMT+8 , Processed in 0.421291 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list