View: 31801|Reply: 0
|
Ferrari mampu jadi pencabar utama
[Copy link]
|
|
FERRARI berjaya menyekat Red Bull menyapu bersih semua 22 perlumbaan F1 dengan memenangi GP Singapura musim lalu. – AFP
MARANELLO, Itali – Prinsipal Ferrari, Frederic Vasseur tidak mahu pasukannya terlalu optimistik dalam mengejar misi pasukan menjelang saingan musim baharu perlumbaan Formula Satu (F1) 2024.
Vasseur yang mengambil alih tempat Mattia Binotto penghujung musim lalu ditugaskan untuk memulihkan status Ferrari kembali sebagai pencabar utama kejuaraan.
Tahun pertama Vasseur bersama pasukan Itali itu dianggap positif kerana menjadi satu-satunya pasukan yang berjaya melakar kemenangan pada Grand Prix (GP)
Singapura selepas saingan musim lalu didominasi Red Bull dengan 21 kemenangan daripada 22 perlumbaan.
Menjelang 2024, Vasseur dikatakan sedia mengambil langkah agresif apabila bakal melakukan 95 peratus perubahan terhadap komponen selepas menamatkan musim 2023 di tangga ketiga di belakang Mercedes.
“Saya tidak tahu sama ada ia akan menjadi lebih baik tahun ini ataupun tidak. Tiada siapa yang tahu. Pada akhirnya kita akan membuat perbandingan dan hanya tertumpu kepada diri sendiri untuk cuba yang terbaik.
“Saya tidak mahu terlalu optimis, saya fikir ini salah satu isu yang kita hadapi musim lalu. Kita hanya perlu fokus kepada apa yang kita lakukan dan tidak terlalu memikirkan keputusan kejuaraan.
“Perkara paling utama adalah kita perlu terus berusaha dan meningkatkan prestasi serta menyesuaikan strategi untuk musim depan. Kejuaraan F1 sentiasa mencabar dan kita perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran baharu,” katanya.
Sebagai rekod, Ferrari menjadi pasukan pertama membuat pengumuman tarikh pelancaran jentera F1 baharu mereka pada 13 Februari nanti. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... adi-pencabar-utama/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|