CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31940|Reply: 0

[Pahang] Wanita dipercayai pelancong China buang air besar di luar homestay

[Copy link]
Post time 2-1-2024 04:04 PM | Show all posts |Read mode

Seorang wanita dipercayai pelancong dari China dirakam CCTV membuang air besar di pekarangan sebuah homestay di Kea Farm, Cameron Highlands baru-baru ini.

CAMERON HIGHLANDS – Tindakan seorang wanita dipercayai pelancong dari China yang membuang air besar di pekarangan sebuah ‘homestay’ di Kea Farm di sini baru-baru ini mengundang kemarahan penduduk tempatan.

Ia juga menimbulkan rasa jijik dalam kalangan orang ramai kerana wanita berkenaan yang dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) salah sebuah homestay dilihat meninggalkan najisnya di atas jalan sebelum bergegas meninggalkan lokasi tersebut.

Menurut seorang penduduk, Mohd. Hisham Rahman, 35, tindakan wanita itu mencemarkan imej pelancong dari China yang berkelakuan baik di destinasi pelancongan popular di Pahang tersebut.

“Disebabkan seorang wanita buat hal, yang lain-lain pun sama terkena tempiasnya. Mustahil tiada tandas di lokasi tersebut apatah lagi mereka berada betul-betul di pekarangan sebuah homestay.

“Tidak munasabah sekiranya pemilik homestay itu enggan membenarkan wanita berkenaan menggunakan tandas sekiranya dia benar-benar memerlukannya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Rakaman CCTV tersebut yang tular di laman Info Cameron Highlands Group di Facebook telah dikongsi lebih 41 kali orang pengguna media sosial itu dengan lebih 200 komen ditinggalkan oleh orang ramai.

Sementara itu, Nurul Aina Natasya Isa, 29, pula berkata, rakan wanita tersebut yang dilihat cuba melindungi pandangan CCTV ketika rakannya membuang air besar disifatkan sebagai turut sama ‘pendek akal’.

Katanya, kedua-dua wanita tersebut yang dilihat masih muda seolah-olah memberi gambaran bahawa rata-rata pelancong dari China tidak malu membuang air besar di kawasan terbuka.

“Jika sebelum ini kita dengar dan lihat video sedemikian yang berlaku di luar negara, kali ini berlaku di Cameron Highlands sahaja. Ia memberi imej tidak baik terhadap China,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... r-di-luar-homestay/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 02:50 PM GMT+8 , Processed in 0.059355 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list