CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5475|Reply: 0

[Pahang] Gajah buat onar, pengusaha tanggung rugi RM40,000

[Copy link]
Post time 7-1-2024 12:51 PM | Show all posts |Read mode

Sebahagian kawasan tanaman nanas yang dimusnahkan kawanan gajah liar di Taman Pertanian Gelanggi, Pulau Tawar, Jerantut.

JERANTUT – Dua pengusaha berputih mata apabila kerugian RM40,000 selepas tanaman nanas dirosakkan gajah liar yang menceroboh Tapak Pertanian Gelanggi, Pulau Tawar di sini.

Pemiliknya, Zainul Ismail, 66, berkata, kejadian pencerobohan kawanan enam hingga lapan ekor haiwan liar itu berlaku dua malam berturut-turut bermula pukul 12 tengah malam hingga 2 pagi di di kawasan seluas sete­ngah hektar tersebut.

“Sebanyak 600 benih nanas yang ditanam pada November lalu termasuk pokok yang sudah matang musnah akibat dipijak haiwan tersebut.

“Selain itu, kawanan gajah tersebut turut merosakkan batas dan pagar. Untuk permulaan, kami menanggung rugi hampir RM5,000 kerana perlu menyediakan benih, membina pagar dan pengurusan kebun termasuk upah buruh,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurut Zainul, sekiranya ta­naman nanas itu tidak diceroboh gajah liar, dia dan rakannya dijang­ka dapat memungut hasil lebih 3,000 biji membabitkan nilai jualan RM40,000.

Jelasnya, kawanan gajah liar itu sudah lama berkeliaran di pinggir hutan berdekatan Gua Bersejarah Kota Gelanggi, Kampung Bukit Rang dan ladang sawit Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang.

Walau bagaimanapun haiwan itu hanya keluar mencari makanan pada tengah malam hingga awal pagi. Ini kerana kawasan habitat haiwan itu di Hutan Simpan Lepar sudah diteroka sejak lebih sedekad lalu.

“Keadaan itu menyebabkan gajah liar merayau masuk kampung dan kawasan tanaman komersial di Tapak Pertanian Gelanggi,” katanya.

Sementara itu, rakan kongsi­nya, Hafizi Ghani, 36, berkata, sekiranya keadaan ini berlarutan, pengusaha lain akan turut menanggung kerugian pada masa akan datang.

“Kami tidak mampu lagi mengeluarkan wang sendiri untuk projek tanaman komersial di sini. Kami mengambil masa yang panjang untuk memulihkan semula tapak tanaman nanas ini memandangkan benih pokok musnah dan pagar yang rosak terpaksa dibaiki dengan menggunakan duit poket sendiri,” katanya.

Oleh itu, Hafizi meminta pihak berwajib mengambil tindakan sepatutnya supaya kawanan gajah liar itu tidak lagi menceroboh kawasan tanaman tersebut dan pengusaha kembali menikmati hasil dan pulangan modal pada masa akan datang.
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... ggung-rugi-rm40000/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.668788 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list