|
KIM KARDASHIAN bersama anak-anaknya.
SELEBRITI terkenal Hollywood, Kim Kardashian dilabel sebagai ibu berperangai buruk kerana lebih mementingkan diri sendiri, berbanding empat orang anaknya.
Kenyataan sedemikian dikongsikan seorang pakar kekeluargaan, Kirsty Ketley yang menyifatkan Kardashian sebagai ibu egois yang lebih mementingkan bisnes berbanding anak-anaknya.
Menurut Ketley, sifat selebriti itu merupakan contoh kepada fenomena yang dipanggil ‘beige mom’ yang sedang hangat dibicarakan dalam media sosial.
“Trend ‘beige mom’ merupakan satu budaya yang popular dalam kalangan selebriti. Kardashian merupakan antara individu yang mengikuti trend tersebut,” ujar Ketley.
Katanya lagi, trend tersebut menjadikan seseorang selebriti menggunakan populariti mereka untuk tujuan keuntungan dalam perniagaan tanpa mementingkan keluarga seperti yang dilakukan Kardashian.
Ketika perayaan Krismas baru-baru ini, Kardashian tidak menghiraukan pendapat dan keinginan anaknya untuk menghias sendiri dekorasi pada pokok krismas sehingga dia dikritik kerana tidak menjaga hati dan perasaan anaknya.
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... -dilabel-ibu-egois/ |
|