CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10289|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 'Saya berdoa supaya pelaku hidup tidak tenteram setiap saat'

[Copy link]
Post time 10-1-2024 04:01 PM | Show all posts |Read mode

ZAIM Ikhwan dan Ismanira, gambar fail. FOTO NSTP

Kuala Lumpur: "Saya tidak akan memaafkan individu yang memperlakukan (menyebabkan kematian) arwah anak saya," kata Zaim Ikhwan Zahari, 28, bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang ditemukan meninggal dunia di Apartmen Idaman, Damansara Damansara, pada 6 Disember lalu.

Meskipun sudah sebulan berlalu, Zaim dan isteri, Ismanira Abdul Manaf, 28, masih terkesan dengan kejadian yang menimpa anak sulung mereka itu.

"Saya cuma berdoa supaya pelaku hidup dalam keadaan tidak tenteram setiap saat.

"Begitu juga individu yang melindungi pelaku atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini tapi tidak tampil untuk memberi keterangan disebabkan tidak mahu terbabit," katanya kepada Harian Metro.



Semalam, Harian Metro melaporkan, motif pembunuhan menjadi cabaran utama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengenal pasti suspek yang terbabit dalam kes pembunuhan Zayn Rayyan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, segala usaha siasatan dari segi konvensional, saintifik dan forensik sudah melebihi 90 peratus dijalankan.

Susulan itu, beliau dilaporkan berkata, polis kini memfokuskan maklumat risikan bagi memperincikan maklumat sedia ada ke arah memulakan tangkapan.

Mengulas lanjut, Zaim berkata, dia menyerahkan siasatan kes anaknya itu kepada pihak polis dan percaya polis akan menahan pelaku kelak.

Dia berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dan berterusan melemparkan fitnah atau mengecam ahli keluarganya di media sosial.

"Keyboard warrior (pejuang papan kekunci maya) di media sosial yang melemparkan tuduhan, fitnah dan mengecam kami termasuk arwah anak saya, akan merasai juga kehilangan dianiaya orang tidak berhati perut seperti kes anak saya ini," katanya.

Zayn Rayyan berusia enam tahun ditemukan meninggal dunia di saliran air kira-kira 200 meter dari Apartmen Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya, kira-kira jam 10 malam selepas dilaporkan hilang lebih 30 jam.

Mangsa kemudian disahkan dibunuh berdasarkan hasil bedah siasat yang menemui kesan kecederaan pada leher dan badannya.

Setakat ini, polis belum menemui petunjuk kukuh bagi mencari pembunuh Zayn Rayyan dengan pelbagai operasi mencari bukti sudah dilakukan di lokasi kejadian dan tiada mana-mana individu boleh dikaitkan dalam kes bunuh kanak-kanak berkenaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... enteram-setiap-saat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 10:29 PM GMT+8 , Processed in 0.925103 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list