CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5155|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] KKM keluar 96,127 notis kesalahan merokok tahun lalu

[Copy link]
Post time 11-1-2024 03:44 PM | Show all posts |Read mode

Dr. Norhayati meninjau operasi penguatkuasaan larangan merokok 'Ops Kedai Makan' di premis-premis makanan di sekitar Putrajaya, malam tadi

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan 96,127 notis kesalahan merokok di seluruh negara tahun lalu iaitu meningkat berbanding 67,350 notis kesalahan bagi tahun sebelumnya.

Daripada jumlah itu, sebanyak 41,581 notis kesalahan dikeluarkan pada tahun 2023 atas kesalahan merokok di kedai makan berbanding 30,648 notis pada tahun sebelumnya.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr. Norhayati Rusli berkata, pihaknya memandang serius isu aduan kesalahan merokok di tempat larangan terutama di premis makan yang semakin menjadi-jadi dan tular di media-media sosial.

“Secara keseluruhan, sebanyak 16,046 operasi di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 dilaksanakan tahun lalu berbanding 12,773 operasi pada tahun 2022.

“Lima negeri mencatat notis kesalahan merokok di tempat makan tertinggi tahun lalu iaitu Selangor dengan 6,126 notis, Johor (5,174), Perak (4,365), Sarawak (4,240) dan Pahang (4,002),” katanya selepas meninjau ‘Ops Kedai Makan’ di sini, malam tadi.

Menerusi ops selama dua hari iaitu pada kelmarin dan semalam itu, sebanyak 119 notis kesalahan dengan nilai kompaun sebanyak RM28,950 dikeluarkan terhadap individu yang merokok di kedai makan di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... merokok-tahun-lalu/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 11:48 PM GMT+8 , Processed in 0.521924 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list