CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3338|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Tak perlu tahan sampai balik!

[Copy link]
Post time 13-1-2024 11:57 AM | Show all posts |Read mode

SETELAH lebih dua tahun terbiar dan tidak dapat digunakan ekoran pelbagai masalah termasuk paip saluran pembuangan yang rosak, kini tandas pelajar perempuan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matang bukan sahaja kembali berfungsi, malah berwajah baharu. FOTO BERNAMA

Kuala Lumpur: Mungkin projek menaik taraf mencantikkan tandas sekolah tidak memberi sebarang makna bagi sesetengah pihak namun hakikatnya impak yang diperoleh hasil daripada usaha terbabit tidak hanya memastikan kesejahteraan pelajar, malah mereka juga dapat menggunakannya dengan selesa dan selamat.

Apa yang menariknya juga, ia turut menyuntik semangat pelajar teruja ke sekolah selain meningkat kesedaran mereka untuk turut sama memikul tanggungjawab menjaga tandas berwajah baharu ini berbanding menyerahkannya kepada pekerja am sekolah semata-mata.

Hakikatnya, pengalaman buruk dan rasa ketidakselesaan menggunakan tandas sekolah yang daif dengan pelbagai kerosakan, suasana kusam, kurang bersih dan berbahaya bukanlah isu baharu bahkan ada yang sanggup 'menahan' rasa membuang air kecil atau besar berjam-jam lamanya sehingga habis sesi persekolahan.

Apa yang dibimbangi kesihatan dan keselamatan pelajar itu sendiri untuk jangka masa panjang selain mungkin masih ada mengingati insiden seorang murid perempuan tahun tiga yang dilaporkan cedera akibat ditimpa tangki pam tandas tercabut di sebuah sekolah rendah di Perak pada Julai tahun lalu.



Biarpun demikian, segala episod dan pengalaman buruk menggunakan tandas sekolah hampir menemui titik noktah apabila projek penyelenggaraan dan naik taraf di seluruh negara susulan daripada kepekaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan isu terbabit berjaya membawa paradigma kepada tandas sekolah.

Ini terbukti apabila hasil tinjauan di beberapa buah sekolah di Negeri Sembilan, Kelantan, Perak mahupun Perlis mendapati projek naik taraf dan selenggara oleh Kementerian Pendidikan (KPM) ini boleh dikatakan berjaya mengubah wajah baharu imej tandas sekolah kepada lebih eksklusif, ceria dan selesa.

Ada yang berkonsepkan minimalis, ada yang persis tandas hotel atau kawasan Rehat & Rawat (R&R) apabila projek naik taraf itu menggunakan jubin dengan warna menarik, sinki, pili air berbentuk moden, bunga dan pokok hiasan turut disediakan, pewangi, pancuran air mandi serta tandas duduk, jauh berbeza berbanding sebelumnya.

"Tandas sekarang lebih cantik. Sekarang saya lebih bersemangat datang sekolah sebab tidak perlu risau buang air, ada banyak kemudahan (peralatan di tandas) dan tidak rosak," kata murid tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Air Hitam Labu di Wakil Pos Tronoh Mines, Kampar, Perak, Aniq Darwis Muhammad Sobri,12.


ANIQ Darwis menggunakamn tandas yang dibaik pulih di Sekolah Kebangsaan (SK) Air Hitam Labu, Tronoh Mines di Kampar, Perak. FOTO BERNAMA

Keterujaan menggunakan tandas baharu ini juga menyuntik kesedaran pelajar untuk bersama-sama memikul tanggungjawab memastikan pemberian yang dianggap sebagai 'hadiah' kepada kesejahteraan mereka ini dijaga dengan baik.

Menariknya ada sekolah di Negeri Sembilan melaksanakan konsep tandas angkat apabila tugas menjaga dan membersihkan tandas dibuat secara bergilir bagi mendidik rasa tanggungjawab, sekali gus menyahut saranan Anwar sebelum ini mengingatkan murid sekolah tidak mengambil mudah isu kebersihan dan keselesaan tandas.

Pendekatan dilakukan oleh SK Kampung Tanjong iaitu kira-kira 40 kilometer dari bandar Seremban ini membuatkan murid tahun lima Nur Hani Marizza Zulhelmi, 11, dan murid tahun enam Muhammad Khairul Azmi, 12, menegur rakan yang ambil mudah kebersihan tandas.

"Rasa gembira tengok tandas semakin cantik…kami juga diingatkan jaga kebersihan tandas. Tidak perlu harapkan mak cik cleaner sahaja bersihkan dan apabila ada rakan tidak jaga, kami akan terus tegur," kata Nur Hani Marizza yang juga merupakan pengawas di sekolah itu.

Begitu juga situasinya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Intan, Kelantan apabila pihak sekolah melantik guru membuat pemantauan selain turut menyediakan jadual kebersihan serta memberi nilai tambah mencantikkan lagi tandas termasuk menghiaskannya dengan lukisan mural.

Menganggap projek naik taraf tandas itu membawa makna besar kepada keselesaan dan kelegaan 748 pelajar di sekolah itu apabila dapat menoktahkan episod kesengsaraan mereka yang sebelum ini terpaksa berjalan jauh ke blok lain dan berkongsi dengan ramai pelajar disebabkan ada beberapa tandas rosak.

Pengetuanya, Che Sauti Che Ibrahim berkata, peruntukan disalurkan itu membantu menyelesaikan masalah tandas rosak di blok tingkat satu hingga tiga yang tidak dapat digunakan sejak sekian lama.

Keadaan ini katanya menyukarkan pelajar apabila terpaksa ke blok lain yang agak jauh untuk berkongsi menggunakan tandas sehingga berlaku kesesakan di tandas berkenaan.

Biarpun begitu, dalam usaha menaik taraf ini, tidak hanya reka bentuk cantik, moden diberikan keutamaan, tetapi projek ini juga turut menitikberatkan kualiti bahan digunakan bagi memastikannya tahan lama dan lebih penting, selamat.



NUR Mirza Zhafrisya Abdul Rahman, 9, menggunakan kemudahan yang ada di dalam tandas Sekolah Kebangsaan Tanah Hitam, Chemor. FOTO BERNAMA

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -tahan-sampai-balik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 09:23 PM GMT+8 , Processed in 0.337247 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list