CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18592|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Polis pantau cubaan hidupkan semula ajaran sesat

[Copy link]
Post time 13-1-2024 03:40 PM | Show all posts |Read mode

Kuala Lumpur: Polis sentiasa memantau perkembangan cubaan menghidupkan semula ajaran sesat di negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, ketiga-tiga ajaran ini sudah difatwa sesat di mana tindakan awal serta siasatan dibuat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga tertangkapnya pemimpin serta pengikut ajaran itu.

Menurutnya, tindakan susulan dan pemantauan berterusan seharusnya dibuat oleh majlis agama Islam dan juga Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memastikan ajaran ini tidak dihidupkan semula.

"Jika dulu, kita mempunyai ISA untuk mengambil tindakan terhadap mereka. Kini kuasa kita amat terbatas dan majlis agama boleh bertindak dalam menangani isu ini.



"Saya akan merujuk semula dengan JAKIM dan najlis agama bagi memastikan tindakan preventif dapat dilaksanakan," katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan khas Harian Metro hari ini berkaitan cubaan menghidupkan semula ajaran sesat di negara ini.

Muka depan Harian Metro hari ini melaporkan ajaran enam jahanam. Itu boleh disimpulkan terhadap enam ajaran yang menyeleweng daripada Islam malah wujud ancaman keselamatan terhadap negara jika ia dibiarkan terus aktif atau dihidupkan kembali.

Antara 'resepi' ajaran berkenaan adalah menganggap semua pegangan agama individu lain sebagai bida'ah, ahli neraka dan pengamal ajaran syirik.

Enam ajaran itu adalah Ajaran Ayah Pin, Ajaran Haji Kahar, Ajaran Harun Mat Saat, Ajaran Milah Ibrahim, Ajaran SiHulk dan Ajaran Mhd Mohib Khouli.

Setakat ini, hanya tiga ajaran yang dilihat masih aktif dalam kumpulan lebih kecil iaitu Ajaran Ayah Pin, Ajaran Sihulk dan Ajaran Mhd Mohib Khouli.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... semula-ajaran-sesat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.322920 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list