|
SELENA GOMEZ
BUKAN kali pertama selebriti terkenal, Selena Gomez mengumumkan ingin berehat daripada platform media sosial demi menjaga kesihatan mentalnya.
Terbaharu, pelakon dan penyanyi berusia 31 tahun itu sekali lagi memberitahu perkara serupa kerana ingin memberi fokus terhadap perkara yang lebih penting.
“Saya akan berehat sementara daripada media sosial kerana mahu memberi fokus terhadap hal yang lebih penting,” tulisnya dalam Instagram.
Bagaimanapun, hasrat yang dikongsikan Gomez menyebabkan dia dikritik netizen yang menyifatkan dirinya hanya ‘cakap kosong’.
Sebabnya, Gomez sebelum ini sudah beberapa kali meluahkan hasrat yang sama, namun dia dilihat kembali aktif dalam media sosial tidak lama kemudian.
“Berehat hanya dalam masa sehari, kemudian esoknya kembali aktif bermain media sosial,” ujar seorang netizen.
Bahkan, ada segelintir pengikut mula berasa bosan dengan perangainya dan menganggap Gomez hanya mahukan perhatian daripada peminat.
“Saya sudah bosan dengan perangainya (Gomez) seperti budak-budak.
“Dia hanya mahu peminat risaukan tentang dirinya,” kata seorang pengguna Instagram.
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... ez-lapar-perhatian/ |
|