View: 10389|Reply: 0
|
Bertatu nama bekas kekasih, Deepika tak kesal
[Copy link]
|
|
DEEPIKA PADUKONE
PERNAH mencacah tatu nama bekas kekasih, Deepika Padukone bertegas tiada penyesalan berbuat demikian walaupun akhirnya masing-masing berkahwin dengan orang lain.
Aktres yang mengahwini aktor Ranveer Singh pada 2018 itu menganggap tiada apa yg perlu dimalukan dengan kisah lalu lebih-lebih lagi episod cinta dengan Ranbir Kapoor.
Baginya, momen cinta percintaan mereka selama dua tahun tetap menjadi memori manis. Jadi, tiada apa yang perlu dihiraukan walaupun tatu RK yang dicacah di belakang lehernya menjadi perdebatan ramai.
Tambahnya, biarpun Ranbir sudah berkahwin dengan aktres Alia Bhatt, mereka masih menjalin hubungan baik tanpa sebarang dendam.
“Saya biarkan tatu itu bertahun-tahun selepas kami berpisah jadi ramai tertanya-tanya sama ada saya belum ‘move on’. Ketika itu saya melihat tatu tersebut bukan satu masalah, namun kemudian saya hapuskan.
“Paling penting suami saya faham kami sekadar sahabat, malah hubungan baik itu berlanjutan sampai sekarang,” katanya yang bercinta dengan Ranbir pada 2008.
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... -deepika-tak-kesal/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|