View: 10735|Reply: 0
|
MotoGP: Honda gagal akibat salah sendiri
[Copy link]
|
|
MARQUEZ memilih menyertai Gresini Racing selepas didakwa kecewa gagal meraih kemenangan bersama Honda musim lalu. - X MARC MARQUEZ
LONDON – Bekas pengurus Repsol Honda, Livio Suppo menegaskan, kegagalan pasukan Jepun itu disebabkan kesilapan sendiri kerana terlalu bergantung harap kepada Marc Marquez tanpa mendengar amaran daripada Dani Pedrosa mahupun Cal Crutchlow.
Marquez membuat keputusan meninggalkan Honda dan menyertai Gresini Racing bagi tahun 2024 dengan kontrak setahun selepas dikatakan kecewa gagal menjelmakan kemenangan musim lalu.
Tegas Suppo, masalah yang menimpa Honda kerana terlalu mengejar kemenangan terutama menerusi seorang pelumba sahaja iaitu Marquez.
“Pada dasarnya ia adalah sama kerana Honda memiliki pelumba yang baik apabila menjuarai kejuaraan dunia menerusi Marquez dan Pedrosa juga tampil positif biarpun tidak memenangi gelaran itu.
“Bagaimanapun, Pedrosa dan Crutchlow telah memberi amaran kepada Honda tentang masalah yang semakin meningkat tentang jentera dan sukar untuk ditunggangi. Tetapi Honda tidak mengambil pandangan tersebut.
“Ini kerana Marquez telah menjulang gelaran dunia MotoGP pada 2018 dengan sembilan kemenangan dan selepas itu Marquez muncul juara lagi tahun berikutnya.
“Sudah tentu, bakat Marquez sangat membantu dan mungkin salah satu kesilapan ketika itu kerana Honda tidak mempedulikan keputusan pelumba lain. Mereka hanya fokus kepada Marquez untuk menang dan itulah kesilapan terbesar,” kata Suppo.
Dalam pada itu, Suppo turut menjelaskan antara kesilapan besar yang Honda lakukan adalah melepaskan Pedrosa menjadi pelumba uji pasukan lain.
“Saya sangat terkejut apabila Honda tidak memanggil Pedrosa sebagai pelumba uji mereka. Semua tahu bahawa Pedrosa memilik tunggangan yang hebat di atas jentera,” katanya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... ibat-salah-sendiri/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|