CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36885|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Peniaga kedai singgang risau lokasi baru tidak strategik

[Copy link]
Post time 20-1-2024 03:09 PM | Show all posts |Read mode

TINJAUAN penjaja gerai singgang di Jalan Dewan Sultan Sulaiman 1 yang tidak berpuas hati dengan lokasi tapak baharu. FOTO Asyraf Hamzah

Kuala Lumpur: Penjaja gerai singgang Jalan Dewan Sultan Sulaiman 1, Kampung Baru di sini menyatakan pihaknya akur dengan perpindahan namun faktor lokasi tidak strategik itu dikhuatiri menjejaskan perniagaan milik mereka.

Pengerusi peniaga singgang Jalan Dewan Sultan Sulaiman 1, Mohd Ibrahim Din, 48, berkata, ini disebabkan lokasi baharu Medan Selera Singgang Madani@batu Bata Titiwangsa itu tidak mempunyai kemudahan tempat meletak kenderaan pelanggan.

"Masalah utamanya adalah tempat meletak kenderaan. Permohonan kita kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) adalah sediakan tempat meletak kenderaan.

"Tapi tempat meletak kenderaan tak disediakan lagi sudah kena pindah. Itu isunya. Bila sudah berpindah kita nak bawa pelanggan.



"Dekat sini kalau pelanggan hampir 1,000 satu malam dan kenderaan pula dianggarkan sehingga 400. Macam mana kita nak bawa singgang itu ke sana?," katanya ketika ditemui Harian Metro hari ini.

Dilaporkan seramai 26 penjaja gerai singgang di Jalan Dewan Sultan Sulaiman 1, Kampung Baru di sini akan berniaga di lokasi baharu iaitu Medan Selera Singgang Madani@Batu Bata, Titiwangsa.

DBKL menerusi kenyataannya memaklumkan, kerja meroboh deretan gerai di lokasi asal akan dilaksana pada 22 Januari ini dan pihaknya sudah mengeluarkan notis pemakluman pengosongan tapak itu sejak Oktober tahun lepas.

Mengulas lanjut, Mohd Ibrahim mendakwa, lokasi baharu yang ditempatkan oleh DBKL itu juga tidak mempunyai ramai pengunjung.

"Dua puluh tahun Medan Batu Bata itu mati disebabkan (tiadanya) lot (meletak) kenderaan. Dia nak letakkan kita di situ terus matilah kita," katanya.

Peniaga singgang Jalan Dewan Sultan Sulaiman 1, Aty Zulkifli, 31, berkata, perpindahan lokasi baharu itu menyebabkan pendapatan mereka berkurangan, ditambah lagi dengan umat Islam bakal berpuasa tidak lama lagi.

"Bila pindah di sana pendapatan pun berkurang. Ini disebabkan nak naikkan perniagaan pun bukannya mengambil masa sebulan dua.

"Sebelum ini kami pun pernah berpindah juga. Ia mengambil masa empat tahun untuk bangunkan (perniagaan) singgang ini," katanya.

Menurutnya, pihaknya akur dengan arahan pemindahan oleh DBKL tetapi meminta dilanjutkan sehingga selepas Aidilfitri.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... aru-tidak-strategik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 02:18 AM GMT+8 , Processed in 0.050124 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list