View: 4349|Reply: 0
|
MotoGP: Bastianini mahu tebus prestasi
[Copy link]
|
|
BASTIANINI bersedia untuk menebus prestasinya yang suram musim lalu dan mendapat rentak terbaik pada musim baharu nanti. - AFP
MADONNA DI CAMPIGLIO, Itali – Pelumba Ducati, Enea Bastianini bertekad untuk memulihkan prestasinya setelah menghadapi cabaran besar pada perlumbaan musim 2023.
Pada musim lalu, Bastianini ‘berperang’ dengan masalah kecederaan dan hanya beraksi sembilan kali berbanding 20 perlumbaan pada Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP).
Kini, pelumba berusia 26 tahun dari Rimini, Itali dilihat bersemangat apabila mengakui dia semakin selesa mengemudi jentera Desmosedici GP24 semasa ujian Valencia penghujung tahun lalu.
Justeru, Bastianini berharap dia dapat memaksimumkan ujian pramusim di Sepang dan Qatar bagi mendapatkan perasaan yang baik lebih awal.
“Tahun 2023 adalah tahun yang mencabar dan saya berharap bermulanya musim baharu ini saya mampu menjadi lebih baik.
“Ketika saya mencuba jentera baru untuk 2024 di Valencia, saya berasa selesa. Walaupun ada perubahan kecil, saya dapat rasakan perbezaan antara jentera ini dengan yang sebelumnya.
“Saya fikir di Sepang akan ada ‘berita’ lebih baik untuk saya. Jadi, saya hanya perlu lakukan sehabis baik pada sesi ujian tersebut untuk mendapatkan pelarasan yang positif sebelum bermulanya perlumbaan sebenar.
“Tahun lalu, saya diberikan jentera yang sudah siap dan tidak dapat mengujinya seperti yang saya inginkan. Sebab itu, saya mahu menguji lebih banyak pada jentera baharu ini,” katanya yang akan turut ke Sepang pasa 6 Februari ini nanti. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... ahu-tebus-prestasi/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|