CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8732|Reply: 1

[Tempatan] Fahmi gagal sebagai jurucakap kerajaan - Pembangkang

[Copy link]
Post time 1-2-2024 12:13 PM | Show all posts |Read mode
Fahmi gagal sebagai jurucakap kerajaan - Pembangkang

https://www.malaysiakini.com/news/694964

Diterbitkan:  Feb 1, 2024 11:49 AM⋅
Dikemaskini: 11:51 AM



Pemimpin Bersatu tampil membidas Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang didakwa gagal berperanan sebagai jurucakap kerajaan perpaduan.

Ketua Penerangan Bersatu Razali Idris mempersoalkan apa yang dilakukan Fahmi sehingga media antarabangsa melaporkan tempoh penjara mantan perdana menteri Najib Razak bagi kesalahan rasuah dikurangkan daripada 12 kepada enam tahun oleh Lembaga Pengampunan.



Razali Idris

"Ini menyusuli mesyuarat lembaga tersebut pada Isnin lalu, lapor sumber termasuk pegawai kanan kerajaan kepada Mediacorp.

"Inilah akibatnya apabila menteri komunikasi suka bercakap sebagai jurucakap kerajaan perpaduan Madani sehingga boleh dimanipulasikan pihak luar.


"Malahan sumber maklumat juga tidak diselaraskan kerana ada satu dua menteri kabinet dalam kerajaan perpaduan turut sibuk bercakap soal pengampunan Najib," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Semalam Malaysiakini antara lain melaporkan Fahmi meminta orang ramai tidak membuat kesimpulan sendiri ketika mengulas laporan media Singapura, Channel News Asia (CNA) yang mendakwa hukuman terhadap Najib dikurangkan daripada 12 ke enam tahun,



Najib Razak

Malah, ahli Parlimen Lembah Pantai itu menegaskan dia bukan sumber bagi laporan CNA.

“Tunggu kenyataan rasmi dan ikut. Kalau tidak timbul pelbagai reaksi.

“Kita perlu tunjuk profesionalisme,” katanya.

Sementara itu Razali mendakwa kegagalan berterusan kerajaan Anwar Ibrahim dalam soal kepengurusan komunikasi strategik dan ketidakupayaan menteri komunikasi itu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dengan asyik menafikan.

Katanya, tahap kerja yang sangat rendah dan tidak kompeten oleh Fahmi memberi kesan songsang terhadap imej, identiti dan reputasi Malaysia selaku negara yang bermaruah.

"Malahan sikap seolah-olah tidak cakna menteri komunikasi dalam kalangan media arus perdana dan portal berita dalam negara serta dikatanya tidak mempunyai hubungan baik dengan media asing memburukkan lagi keadaan berkenaan.

"Rakyat selalu terkeliru dengan peranan jurucakap komunikasi kerajaan perpaduan yang sepatutnya dilaksanakan setiausaha akhbar perdana menteri. Itu lagi tepat dan sahih," dakwanya lagi.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2024 12:03 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 09:44 PM GMT+8 , Processed in 0.058061 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list