CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 26312|Reply: 32

[Tempatan] Wanita kongsi keputusan peperiksaan anak dikecam

[Copy link]
Post time 1-2-2024 04:44 PM | Show all posts |Read mode
Wanita kongsi keputusan peperiksaan anak dikecam

https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... ksaan-anak-dikecam/

Oleh KOSMO!
1 Februari 2024, 3:14 pm


Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Tindakan seorang wanita berkongsi keputusan peperiksaan anaknya di media sosial mendapat kecaman orang ramai.

Menerusi sebuah tangkap layar yang tular di aplikasi X, tindakan wanita itu mendapat pelbagai reaksi apabila seolah-olah mengeluh dengan prestasi anaknya walaupun keputusan yang ditunjukkan agak baik.

“Baru tengok keputusan peperiksaan akhir tahun. Alahai, parah-parah. Semua subjek Sains menurun, tahun depan dah nak SPM.

“Masa cuti sekolah suruh pergi tuisyen tak nak. Tengok semua subjek Sains dah ‘drop’,” tulis kapsyen pada gambar keputusan peperiksaan yang dikongsi di TikTok.


Tangkap layar perkongsian keputusan peperiksaan tersebut yang tular di media sosial.

Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna mengecam tindakan wanita tersebut selain turut meminta dia lebih menghargai usaha anaknya untuk mendapat keputusan cemerlang.

“Dia macam ‘typical’ mak-mak zaman dulu yang tak puas hati dengan keputusan peperiksaan anak walaupun gempak. Cuma sekarang mak-mak Gen Z jenis suka masukkan dalam media sosial je. Dulu-dulu hanya anak dengan keluarga saja tahu,” kata Has.

“Kepada ibu bapa di luar sana, tolong bangga dengan apa jua keputusan anak anda dapat. Saya tidak begitu cemerlang dalam SPM, tapi Alhamdulillah sedang sambung belajar dan jadi seorang manusi,” kata Faxy.

“Tak sepatutnya dikongsikan kepada umum, malulah anak tu. Sepatutnya nasihat secara peribadi, ini siap cakap parah-parah. Bukannya dia gagal subjek itu,” kata Zamm.

“Mungkin sebelum ini dia dapat A. Ibu bapa mestilah mahu anak dia dapat yang terbaik,” kata Intan.

Sehingga kini, hantaran tersebut telah mendapat lebih 7,000 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2024 04:55 PM | Show all posts
padanlah muka kau. masa share tu mesti berharap orang akan komen - 'ok la tu, anak i lagi teruk blabla' 'pandainya anak u mat bi bm semua A'

sekali kena keji. dasar lapar likes, semua benda pun nak share. gila ke
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Jenis mak2 tak reti bersyukur
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 05:13 PM | Show all posts
bahana makpak yg chronically online. semua benda nak share dgn org asing.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Result begini boleh dapat straight As masa SPM nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia nak tunjuk, ni result paling 'teruk'. Means that, nak tunjuk anak dia hebat. Yg parah dapat mak mcm ni. Kesian.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-2-2024 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
zaman 2024 org dah tak heran la kau nak menayang result anak2
yihhhh this mader so yesterday
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau mak2 yg msa sekolah jenis kelas blkg bila dpt anak bijak sket, mak mak ni mcm xleh nak handle bila result tak mengikut kehendak dia. Susah la nak tunjuk kat rakan taulan.

Yg meols perati mak mak yg mmg stok kaki belajar n tak birah masa sekolah, dia akan fhm turun naik result anak tu sbgai progress nak dpt ilmu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2024 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasa la...nk meriak ni mcm² peel.
Pasal laki,pasal diri sendri paling utama meriak pasal pasal ank.
Yg mulot xbenti zikir ya hafiz ya muhaimin ya mujib ..gigih mngarang post panjang² sukorr..sukor..sukorrr pdhal spesis humble brag..kembang kempis hidung org puji ank pandai².
Koserrrr
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Spesis humblebrag. Bajet org puji la tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Cyempaka replied at 1-2-2024 04:55 PM
padanlah muka kau. masa share tu mesti berharap orang akan komen - 'ok la tu, anak i lagi teruk blab ...

Macam org kurus, tapi, cakap gemuk kat medsos.
Kalau ada org doakan gemuk betul2, baru tau
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2024 06:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Ade je yg bekap
Katanya maybe sbb budak tu sek sbp atau mrsm yg mana B tak wujud kat sana
Markah 60an dianggap gagal blablaa walaupun ni result form 4.

Btw add math anak dia lagi tinggi markah drpd math moden.

Dan yess mak ni mmg spesis humblebrag,dia tau utk mak2 budak kelas belakang mesti rasa kagum ngn result anak dia walaupun dia acah2 kecewa nak mati.

Apapun tahniah buat Nurhany  mak ko tu je ngengada nk sedih sedu sedan
Dah tanya anak tu ke idak bila tayang result peksa kat socmed?
Semua menda nk dibuat konten
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2024 07:08 AM | Show all posts
not bad result anak dia. Ada potensi dapat result cemerlang nanti masa SPM kalau konsisten belajar.

btw, BAR tu subjek bahasa arab ke nyah?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2024 08:10 AM | Show all posts
sejenis mak minta puji minta di agongkan.puih!anak anak ni kita jagna push akedemi sangat .walaupun pelajaran tu penting. skill to survive,commen sense, adab lagi diperlukan untuk mengharungi hidup yg mendatang. sebab tu ada budak pandai sekolah semata pandai akedemik sahaja bila turn masa untuk ke alam pekerjaan tak boleh nak carry.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2024 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak tu kena letak result SPM zmn purba dia ..ltk sblh result anaknya.. barulah elok sket
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2024 09:42 AM | Show all posts
Cyempaka replied at 1-2-2024 04:55 PM
padanlah muka kau. masa share tu mesti berharap orang akan komen - 'ok la tu, anak i lagi teruk blab ...

kan... itu motip sebenarnya dok posting kat medsos... konon2 susah hati dengan result so post kat medsos dengan harapan nak healing  dengan komen2 netizen...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2024 10:05 AM | Show all posts
hyie replied at 2-2-2024 07:08 AM
not bad result anak dia. Ada potensi dapat result cemerlang nanti masa SPM kalau konsisten belajar.
...

Ye sis.. Barab singkatan anak guna kt sek
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2024 10:12 AM | Show all posts
A bersusun pun kalau anak tak pandai berdikari, tak pandai bersosial tak kemana jua anak ko kak

Dah ler budak zaman nih lembik, asyik2 stress... lesu nak elayan kerenah
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2024 10:18 AM | Show all posts
Nurul8001 replied at 1-2-2024 11:18 PM
Macam org kurus, tapi, cakap gemuk kat medsos.
Kalau ada org doakan gemuk betul2, baru tau:lo ...

1 lg retis yg tunjuk bare face sambil ngup ngap ngup ngap mkn dan bercakapade yg puji natural beauty
iol mcm ok...
sekali bila bukak video nya
mak aih.....
berapa second je blh pi





Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2024 11:24 AM | Show all posts
Suchi replied at 2-2-2024 06:45 AM
Ade je yg bekap
Katanya maybe sbb budak tu sek sbp atau mrsm yg mana B tak wujud kat sana
Markah 60a ...

kazen iols mrsm, masuk dr form 4. 2 tahun tu tak penah pun lulus english.  die punye bengap tu smpi kene buat kelas special utk die dan kawan2 die yg senasib tu. nasibla masa spm die tetiba dpt B3

iols rs iols penah citer, dulu masa form 5, iols sekolah harian. sekolah kitorg dpt award dari PPD sebab dpt 100% lulus subjek fizik spm, mengalahkan sebuah sbp sains kt daerah kitorg masa tu. weols mcm terfikir gak takkan ada student sek sains gagal fizik kot?  tapi apepun ni 20thn yg lepas tak tau la kot skrang ni yg masuk sbp mrsm ni mmg dh ditapis btul2 hebat punye
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 09:27 PM GMT+8 , Processed in 0.062365 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list