CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11364|Reply: 81

[Tempatan] Mansuh pencen ahli politik akan dibawa ke Kabinet – Anwar

[Copy link]
Post time 2-2-2024 08:53 AM | Show all posts |Read mode



REMBAU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan cadangan pemansuhan pencen dalam kalangan ahli politik akan dibentangkan di Parlimen.

Menurutnya, beliau akan membentangkan mengenai cadangan itu selepas mendapat persetujuan Kabinet.

“Memang untuk orang politik berbeza tetapi saya fikir munasabah kalau kita kaji sekali, jika penjawat awam ditiadakan, orang politik juga. Namun ia tertakluk kepada keputusan Parlimen.

“Jika Kabinet bersetuju, saya akan bentangkan (Dewan Rakyat) dan kalau ada ahli Parlimen yang tolak, dia tolaklah. Saya akan bentangkan atas tanggungjawab moral,” katanya pada Program Penggerak Madani Negeri Sembilan di sini hari ini.

Anwar memberitahu, cadangan mengenai pemansuhan pencen perlu dijelaskan kepada penjawat awam bagi memastikan mereka tidak merasa rugi sekiranya sistem saraan dilaksanakan.-KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2024 09:05 AM | Show all posts
Kalau yang bekas kakitangan kerajaan atau bekas tentera yang masuk politik jadi YB tu, ambik salah satu pencen sudah la. contohnya macam YB Khlir tu, sekarang dia dapat pencen tentera, lepas ni nak dapat pencen YB pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2024 09:08 AM | Show all posts
ada posibility utk u-turn ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2024 09:35 AM | Show all posts
MANSUH JE.... TAPI BOLEH UP KAN CARUMAN KWSP MAJIKAN UNTUK TARIK MINAT KAUM KITA... KITA NI ASAL BG DUIT JE ONN
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2024 09:55 AM | Show all posts
pemansuhan pencen kakitangan awam baru nih pernah dibentangkan ker... macam tak pernah dengar... terus laksanakan ajer 1 feb.

tiba tang pencen ahli politik boleh pulak bentang...

mmmmmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2024 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
kelana36 replied at 2-2-2024 09:05 AM
Kalau yang bekas kakitangan kerajaan atau bekas tentera yang masuk politik jadi YB tu, ambik salah s ...

Ramai je ahli politik dari penjawat awam. Especially cikgu. Tp yg bising2 wan azizah je kena.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2024 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
menjad replied at 2-2-2024 09:55 AM
pemansuhan pencen kakitangan awam baru nih pernah dibentangkan ker... macam tak pernah dengar... ter ...

Aku rasa ini pasal pencen ahli politik. Pencen penjawat awam sblom jadi ahli politik. Pencen MP, adun, menteri.

Atau pencen nk dimansuhkan start dari ahli politik then baru continue dkt penjawat awam yg dah sedia tolak skim kwsp

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2024 09:59 AM | Show all posts
kena tang dia
terus nak bentang nak bincang
kat rakyat, buatlah poll dahulu
minta pendapat rakyat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2024 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
honam replied at 2-2-2024 09:08 AM
ada posibility utk u-turn ke?

Tak rasa PMX akan uturn. Tp nk tahu siapa yg x setuju je. Aku rasa MP kerajaan atau pembangkang ade je yg tk setuju.

Tp paling kelakar kalau yg dok bising2 pencen ahli politik yg patot dimansuh dahulu tp dorang yg paling x setuju bila bentang dkt parlimen.

Tp kalau ikot kan. Pmx,najib x layak kan pencen sbb pnh msok penjara.

Syed sadiq kalau msok penjara pon tk layak pencen dah
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2024 10:04 AM | Show all posts
mereka bwk cadangan utk dimansuhkan keistimewaan mereka
agak2 mcmana
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2024 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
johan-adx replied at 2-2-2024 10:04 AM
mereka bwk cadangan utk dimansuhkan keistimewaan mereka
agak2 mcmana

Kalau dorang punya keistimewaan diamnsuhkan, penjawat awam yg dah tolak skim kwsp pon akan kena. Lgpon itu yg org awam nak juga kan
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2024 10:08 AM | Show all posts
caprut replied at 2-2-2024 10:02 AM
Tak rasa PMX akan uturn. Tp nk tahu siapa yg x setuju je. Aku rasa MP kerajaan atau pembangkang ad ...

syed sadiq bila nak kena sebat?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2024 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Mansuh pencen utk semua lah... kan senang nak manage
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2024 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
honam replied at 2-2-2024 10:08 AM
syed sadiq bila nak kena sebat?

Masih ada rayuan utk dia lagi kan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2024 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 2-2-2024 10:02 AM
Tak rasa PMX akan uturn. Tp nk tahu siapa yg x setuju je. Aku rasa MP kerajaan atau pembangkang ad ...


Ko ingat tak last year jun 2023.. gomen dah announce hapuskan kenaikan pencen 2% per year and back to 2012 amount (bg yang dah pencen lama) and fix amount di waktu retire, perpetually? Semua penjawat awam tak terkecuali ya.. semua takde dah kenaikan....


Pastu last week tetiba announce pemansuhan kenaikan pencen tu exclude the 35 senators?  Senyap2 je kannnnnnnnnn announce berita gini.. tp takde sorg pun berkutik

Yang untung politician dan senator lah jugekkkj.. penjawat awam sila berputih mata
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2024 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by caprut at 2-2-2024 10:19 AM
green~tea replied at 2-2-2024 10:11 AM
Ko ingat tak last year jun 2023.. gomen dah announce hapuskan kenaikan pencen 2% per year and back ...


Untuk siapa yg dah sign penolakan skim kwsp mgkin kerajaan agak berat nk hapuskan pencen.

Tp siapa yg baru kerja tk smpai setahun surat penolakan skim kwsp amek masa bertahun lg dpt baru dpat sign tu mungkin dah xlayak skim pencen. Sbb ramai guru2 dapat lantikan tetap bulan 12 tahun lepas rasa dorang dpt pencen. Haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2024 10:21 AM | Show all posts
kenapa mansuh pencen SPA mcm xda dgr msk parlimen? ke aku je x follow...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2024 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
A-Are replied at 2-2-2024 10:21 AM
kenapa mansuh pencen SPA mcm xda dgr msk parlimen? ke aku je x follow...

Pencen penjawat awam yg sedia ada yg dah sign penolakan kwsp kerajaan mmg tk boleh buat apa.

Tp kalau pmx ckp nak mansuhkan pencen ahli politik dan akan dibentang ke parlimen mungkin pencen penjawat awam yg dah sign penolakan skim kwsp akan terkena tempias gak
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2024 10:28 AM | Show all posts
sebab pencen utk ahli parlimen ni dia pakai akta lain... tak sama dengan pencen penjawat awam.. tu sebab kalau nak tukar, kena masuk parlimen, bahas dan vote.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2024 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 2-2-2024 10:18 AM
Untuk siapa yg dah sign penolakan skim kwsp mgkin kerajaan agak berat nk hapuskan pencen.

Tp siap ...

Even yg dah lama sign penolakan pencen pun buleh reissue surat.. akan ada offer2 utk timbang balas (is this a correct term?)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 09:30 PM GMT+8 , Processed in 0.360914 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list