View: 29718|Reply: 7
|
[Tempatan]
Malaysia perlu contohi sistem persaraan Singapura - penganalisis
[Copy link]
|
|
Malaysia perlu contohi sistem persaraan Singapura - penganalisis
Februari 2, 2024 @ 3:57pm
[email protected]
Felo Penyelidik Kanan Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial Universiti Malaya, Dr Zulkiply Omar. - Foto fail NSTP
KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran melakukan perubahan ke atas sistem persaraan negara bagi memastikan rakyat dapat menjamin kehidupan lebih selesa selepas bersara.
Felo Penyelidik Kanan Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial Universiti Malaya, Dr Zulkiply Omar berkata ketika ini sistem persaraan menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mempunyai beberapa kelompongan yang menyebabkan pekerja berdepan masalah ketiadaan atau kehabisan simpanan selepas bersara.
Katanya, Malaysia perlu mencontohi sistem persaraan Singapura di mana kerajaan negara itu tidak membenarkan pengeluaran penuh duit Tabung Simpanan Pekerja (CPF) mereka, sebaliknya dimasukkan secara bulanan ke dalam akaun pencarum selepas bersara.
"Tindakan itu bagi memastikan wang yang ada tidak dihabiskan sekali gus dan pekerja tidak kehabisan simpanan persaraan.
"Selain itu, Malaysia juga boleh melaksanakan skim pencen universal dibiayai hasil kutipan cukai yang berupaya menjamin rakyat mempunyai pendapatan minimum selepas bersara," katanya kepada BH.
Beliau mengulas kenyataan Penganalisis Pasaran Kewangan AxeHedge, Jessica Sin Sook Kuan, yang memaklumkan Bank Negara Malaysia (BNM) memberi amaran bahawa rakyat Malaysia berisiko kehabisan simpanan persaraan 19 tahun sebelum kematian mereka.
Menurutnya, sistem pencen universal sudah banyak dilaksanakan di negara Scandinavia dan Asia lain. Malah Thailand turut melaksanakan sistem berkenaan.
Mengulas mengenai punca rakyat Malaysia berisiko kehabisan simpanan persaraan, Zulkiply berkata perkara itu disebabkan oleh pengurusan kewangan yang lemah dan tidak diterapkan di peringkat sekolah rendah.
Katanya, budaya menabung dalam kalangan rakyat masih rendah, di mana ia perlu dididik sejak kecil lagi dan bukan saja ketika sudah mencapai usia dewasa.
"Di Amerika Syarikat (AS) salah satu syarat untuk memasuki sekolah menengah adalah pelajar perlu lulus subjek celik kewangan.
"Perancangan kewangan bagi kehidupan selepas bersara perlu dititik beratkan supaya kehidupan hari tua lebih terjamin dan bebas daripada segala hutang," katanya.
Sementara itu, penasihat kewangan, Abu Ayuabul Ansari atau dikenali sebagai AbangAbu berkata, pendedahan mengenai persaraan perlu disemai dari awal iaitu di ketika mula-mula memasuki alam pekerjaan.
"Persaraan ni bukan umur 40 atau 50 tahun baru kita fikir. Masa masuk kerja tu kita dah kena fikir pasal persaraan. Kita perlu mengambil tanggungjawab bagi menentukan masa depan sendiri," katanya.
Tegasnya, ilmu memainkan peranan di samping pendedahan kepada proses persaraan sebenar.
"Apa yang dilakukan sekarang ini adalah ketinggalan zaman, di mana kita hanya mengharapkan pencen dan KWSP selepas bersara.
"Sebaliknya, apa yang perlu di lakukan hari ini adalah menyediakan sumber pendapatan yang datang bukan daripada pekerjaan kita," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ala susah2 agak da x da duit ko buat la jenayah apa2. Pastu lepak jail abeskan sisa2 hidup. Dlm jail makan free, penginapan free. Apa lg mau?
Kalo kat luar x de duit ko tido la kat Kaki Lima. Silap hb kena pow dgn mat gian. Lg teruk kena kidnap pastu organ kena curik. Ha lg bahaya x de duit hidup kat luar drp hidup dlm jail |
|
|
|
|
|
|
|
Segala benda tiru je mcm singapork.. tayah pening2 pikir pastu u turn sana sini |
|
|
|
|
|
|
|
Ada yg bagus tiru singapore ada x bagus, kesian org tua bertongkat kaki x kuat jalan kaki pergi mrt station
Di Malaysia ni kalau sistem perumahan bagus public transport bagus dah x payah beli kereta byk wang dpt simpan yg rata2 byr >700 termasuk tol petrol parking |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau org deme dah mampu, awat ada ongtua masih keje jadi cleaner, sweeper bagai? |
|
|
|
|
|
|
|
cpf depa tolak 20%..epf malaysia ada option tolak 9% pon ramai pilih yg tu
duit ada ciput pon bising2 kat gomen nak keluar isinar imalap bagai |
|
|
|
|
|
|
|
Bistu, apasal ummah Singapurak-purak beli rumah kat Jaybehh sini fefeeling buleh lah retired kat sini khennn sambil ramai jugak yg melahap minyak petrol subsaydee siap goyang inul kereta bagi penoh tangki? Kata kaya namampos hakikatnyer semekin jugek khennnnnnn kat tanah ayer sendirik ha gaytuhhh |
|
|
|
|
|
|
| |
|