View: 28697|Reply: 2
|
[Politik]
'Dakwaan hubungan Muhyiddin-Hadi dingin hanya rekaan, taktik buruk-burukkan PN'
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Razali Idris, menepis dakwaan bahawa hubungan Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dengan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang kini dingin, sebaliknya menyifatkan ia hanya rekaan untuk melaga-lagakan kedua-dua pemimpin Perikatan Nasional (PN) berkenaan.
Beliau juga menyifatkan dakwaan itu sebagai taktik untuk memburuk-burukkan PN selepas sokongan kepada Kerajaan Perpaduan dikatakan merosot dalam kalangan rakyat, terutama orang Melayu.
Razali menegaskan hubungan Muhyiddin bersama Abdul Hadi adalah baik, bahkan mesyuarat PN juga dijalankan secara berkala dan berlangsung seperti biasa.
"Usaha melaga-lagakan dua pemimpin ini bukan perkara baharu, malah sudah dilaksanakan sejak PN memenangi banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) di kawasan majoriti pengundi Melayu.
"Jadi melalui sumber, mereka sengaja mendakwa hubungan antara kedua-dua pemimpin ini dingin. Hakikatnya, hubungan mereka berdua baik. Cuma kini dengan keadaan kesihatan Tuan Guru (Abdul Hadi), maka beliau jarang dilihat berada dengan Muhyiddin atau menghadiri mesyuarat PN.
"Bukan Tuan Guru tidak mahu berjumpa Muhyiddin. Sebaliknya, beliau mengelak berjumpa ramai orang. Malah baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar (Ibrahim) pun tidak dapat bertemu dengannya kerana beliau sedang menerima rawatan," dakwanya kepada BH.
Beliau mengulas laporan portal berita, Free Malaysia Today (FMT) yang memetik sumber mendakwa hubungan antara dua pemimpin terbabit kini dingin, antara lain berkait kegagalan PAS menampilkan Naib Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, sebagai calon Perdana Menteri selepas Muhyiddin tidak meneruskan hasrat berundur pada pemilihan parti tahun ini.
Sumber berkenaan dilaporkan mendakwa 'pusingan U' oleh Muhyiddin itu dilihat sebagai tekad Ahli Parlimen Pagoh itu untuk kekal menerajui PN dan seterusnya dilantik sebagai Perdana Menteri untuk kali kedua jika gabungan terbabit menang pada PRU16 kelak.
Sumber itu juga mendakwa Muhyiddin dan Abdul Hadi sudah lama tidak kelihatan bersama dalam mana-mana majlis selepas perasmian Muktamar PAS pada Oktober tahun lalu, manakala sumber lain memaklumkan Hadi 'sudah lama' tidak lagi menghadiri mesyuarat pimpinan PN.
Razali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal mendakwa, dakwaan itu jelas hanya taktik memburuk-burukkan PN bagi menutup kelemahan kerajaan.
Katanya, beliau percaya dakwaan itu cuma 'modal' untuk mengalihkan isu terkait dengan kerajaan susulan beberapa tindakan yang didakwa membelakangkan kepentingan orang Melayu di negara ini.
"Saya nampak ini hanya taktik melaga-lagakan pemimpin PN yang kini mendapat sokongan penuh orang Melayu," dakwanya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Bkn rekaan chuols. Kalo RPK pun dh start attack bersatu, apa cer. X mustahil PAS akan join kerajaan |
|
|
|
|
|
|
| |
|