View: 22420|Reply: 2
|
[Tempatan]
Jangan lupa Tony Pua yang mula bongkar skandal 1MDB, harap pemimpin PH tidak lupa, kata bekas Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming
[Copy link]
|
|
Jangan lupa Pua yang mula bongkar skandal 1MDB, pemimpin PH diberitahu
https://www.freemalaysiatoday.co ... mpin-ph-diberitahu/
FMT Reporters - 04 Feb 2024, 11:15pm
Bekas Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming mengingatkan pemimpin PH bahawa Tony Pua adalah antara individu yang mula-mula membangkitkan isu skandal 1MDB.
Rakyat Malaysia masih membayar hutang berbilion ringgit yang ditanggung akibat skandal 1MDB, kata Ong Kian Ming.
PETALING JAYA: Bekas Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming tampil membela rakan separtinya dalam DAP, Tony Pua yang sedang disiasat berhubung kenyataan menyindir keputusan meringankan hukuman Najib Razak berkait kes SRC International.
“Kami ingat apa yang Pua lakukan untuk mendedahkan betapa besarnya skandal 1MDB semasa menjadi Ahli Parlimen. Rakyat Malaysia masih membayar hutang berbilion ringgit yang ditanggung akibat skandal ini,” katanya.
“Saya harap pemimpin Pakatan Harapan tidak lupa,” katanya di platform media sosial X.
Awal hari ini dilaporkan bahawa Pua telah dipanggil ke Bukit Aman esok untuk membantu siasatan berhubung kenyataannya yang disifatkan sebagai “menghasut orang ramai agar membenci dan menghina institusi diraja”.
Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata, Pua disiasat mengikut Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia.
Setiausaha Agung Muda Amir Hadi turut menyatakan sokongan terhadap Pua dengan berkata di X, beliau tidak faham apa yang dikatakan menghina dalam kenyataan tokoh DAP itu.
Beliau turut menyatakan solidariti bersama Pua, menggunakan tanda pagar #MansuhAktaHasutan.
Pada Jumaat, Lembaga Pengampunan mengumumkan keputusan memendekkan hukuman penjara bekas perdana menteri itu daripada 12 tahun kepada enam tahun dan mengurangkan denda RM210 juta kepada RM50 juta.
Najib dijangka akan dibebaskan dari penjara pada 2028, atau setahun kemudian jika gagal membayar denda.
Susulan itu, Pua yang juga bekas setiausaha publisiti DAP memuat naik beberapa hantaran di Facebook menyindir keputusan itu, mencetuskan beberapa laporan polis dibuat oleh Pemuda Umno terhadapnya.
Ketika menjadi Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Pua membangkitkan skandal 1MDB di Dewan Rakyat pada 2010. Beliau juga mengadakan banyak jerayawara mengenai isu itu pada 2017, sebelum kejatuhan kerajaan Barisan Nasional pada PRU14.
|
|
|
|
|
|
|
|
Shut up. Ko pun nk join si tony pua tu ke? Kalo mcm tu baik ko puji muhyiddin dan mahathir sekali |
|
|
|
|
|
|
| |
|