View: 9231|Reply: 1
|
[Tempatan]
Tanggungjawab PM kemuka rayuan Najib, kata Anwar Ibrahim
[Copy link]
|
|
Tanggungjawab PM kemuka rayuan Najib, kata Anwar
https://www.freemalaysiatoday.co ... n-najib-kata-anwar/
FMT Reporters - 05 Feb 2024, 9:20am
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata berkata beliau hadir dalam mesyuarat pertama Lembaga Pengampunan pada 1 hingga 9 Dis tahun lalu.
Perdana menteri berkata beliau kena pastikan setiap permohonan diterima didengar Lembaga Pengampunan.
PETALING JAYA: Anwar Ibrahim menjelaskan beliau mengemukakan cadangan permohonan pengampunan Najib Razak kepada Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dengan lebih awal kerana itu adalah tanggungjawab sebagai perdana menteri.
Anwar berkata sebagai perdana menteri menjadi tanggungjawab beliau untuk pastikan setiap permohonan rayuan didengar oleh Lembaga Rayuan.
“Ada yang kata mesti tiga tahun (lepas kena hukuman untuk mohon pengampunan) itu tak betul. Sesiapa sahaja, kalau ikut proses untuk kali pertama boleh kemukakan rayuan.
“Dalam kes ini bila rayuan diumumkan, perdana menteri pastikan rayuan didengar. Saya akui tanggungjawab itu. Sebaik saya dapat mana-mana rayuan, saya mohon supaya Lembaga Pengampunan bicarakan,” katanya pada perjumpaan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.
Anwar juga berkata beliau hadir dalam mesyuarat pertama Lembaga Pengampunan pada 1 hingga 9 Dis lalu kerana beliau masih bertanggungjawab dalam isu berkait Wilayah Persekutuan.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|