CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6037|Reply: 0

MotoGP: Lima pelumba atasi rekod terpantas Sepang

[Copy link]
Post time 8-2-2024 10:06 AM | Show all posts |Read mode

BASTIANINI

SEPANG – Perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim 2024 belum pun bermula, namun lima pelumba kelas perdana telah menunjukan potensi masing-masing selepas berjaya mengatasi rekod sepusingan terpantas musim lalu sewaktu turun menguji jentera mereka pada sesi ujian rasmi di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini.

Pada hari kedua sesi ujian tersebut, pelumba Ducati Lenovo Team, Enea Bastianini tampil dengan tunggangan agresif sebelum berjaya mengatasi rekod baharu sepusingan terpantas milik juara dunia MotoGP 2023, Francesco Bagnaia musim lalu dengan catatan satu minit 57.491 saat (s).

Pelumba Itali tersebut yang menggunakan jentera Desmosedici 2024 itu berjaya mencatat masa satu minit 57.134 saat (s) sekali gus berjaya memintas catatan masa terbaik Jorge Martin (Pramac Racing) dengan kelebihan 0.139s selepas memimpin catatan masa terpantas sejak awal.

Martin yang merekodkan catatan masa kedua terpantas satu minit 57.273s mengakui dia gembira dengan ‘fairing’ yang digunakan di Sepang dan akan memutuskannya sama ada menggunakannya pada tahun ini ataupun tidak.

“Saya rasa baik dengan fairing baharu pada jentera, tetapi saya kena cuba sekali lagi esok untuk dapatkan kepastian bagi memahami dengan lebih baik sama ada kami perlu menggunakan fairing baharu ini ataupun guna yang lama.

“Apapun, saya rasa jentera ini lebih berat dan perasaan saya dengan sistem brek juga semakin baik. Saya harap kami dapat benar-benar faham mengenai fairing baharu ini sebelum membuat keputusan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Pelumba Red Bull KTM Factory Racing, Brad Binder turut cemerlang apabila menamatkan sesi ujian tersebut di tempat ketiga terpantas dengan catatan 1’57.327s manakala Aleix Espargaro (Aprilia) dan Francesco Bagnaia (Ducati) tempat keempat dan kelima terpantas. -KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... d-terpantas-sepang/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.519565 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list