View: 5897|Reply: 0
|
Heung-min kembali bersapa Spurs
[Copy link]
|
|
HEUNG-MIN kecewa selepas kekalahan mengejut Korea kepada Iran. -FOTO Reuters
London: Kapten Tottenham, Son Heung-min mungkin boleh diturunkan pada pertembungan Liga Perdana Inggeris (EPL) Sabtu ini menentang Brighton apabila dia terus pulang ke England selepas Korea Selatan tersingkir dari piala Asia.
Pemain berusia 31 tahun itu berdepan kekecewaan terbesar apabila Korea tewas mengejut 0-2 kepada Jordan di separuh akhir.
Walaupun majoriti skuad Korea sudah pulang dari Qatar bersama pengurus Jurgen Klinsmann, Heung-min kembali ke England dan akan bersama dengan rakan sepasukan Spurs.
Tottenham hanya memenangi satu daripada empat perlawanan ketika ketiadaan Heung-min sejak sebulan lalu kerana tugasan antarabangsa.
Pada musim pertamanya sebagai kapten, Heung-min menjaringkan 12 gol dalam 20 penampilan Liga Perdana.
Anak buah Ange Postecoglou berada di tempat kelima dalam carta dan hanya dua mata di belakang Aston Villa yang berada di tempat keempat ketika mereka menyasarkan untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan.
Brighton juga mungkin akan kembali bersama pemain bintang mereka, Kaoru Mitoma, selepas Jepun turut mengalami kekalahan mengejut pada suku akhir Piala Asia kepada Iran.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... mbali-bersapa-spurs |
|
|
|
|
|
|
| |
|