View: 9150|Reply: 0
|
United menang atasi Villa
[Copy link]
|
|
MCTOMINAY meraikan gol kemenangan yang dijaringkannya pada lewat perlawanan. -FOTO Reuters
Birmingham, United Kingdom: Scott McTominay menghidupkan semula harapan Manchester United untuk menamatkan saingan dalam kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris apabila gol lewat perlawanan yang dijaringkan pemain tengah itu membolehkan mereka merangkul kemenangan penting 2-1 menentang Aston Villa awal pagi tadi.
Skuad kendalian Erik ten Hag amat memerlukan kemenangan di Villa Park untuk merapatkan jurang dalam perlumbaan ke Liga Juara-Juara musim depan.
United mendahului menerusi Rasmus Hojlund sebelum Douglas Luiz menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua.
Ia adalah kemenangan kedua pada lewat perlawanan United menentang Villa musim ini apabila McTominay yang dimasukkan dari bangku simpanan menanduk masuk gol ketika perlawanan berbaki empat minit.
United kekal di tempat keenam selepas kemenangan keempat berturut-turut dalam semua pertandingan, tetapi mereka kini hanya lima mata di belakang Villa di tangga kelima dan enam mata di belakang Tottenham di tangga keempat.
"Ia adalah kemenangan besar bagi kami. Kami semakin rapat dan itulah matlamat untuk hari ini. Cara kami melakukannya, saya menyukainya," kata Ten Hag.
"Ketika 1-1 kami perlu bangkit dan saya berpuas hati. Ia sangat terbuka, seperti perlawanan tenis. Sesiapapun boleh menang, tetapi mental kami lebih kental untuk menang.
"Scott cukup hebat. Dia adalah contoh pemain yang bagus. Sentiasa bersedia untuk masuk dan memberi impak," kata Ten Hag.
Sementara itu pengendali Villa, Unai Emery berkata: "Kami bermain dengan baik menentang Manchester United yang kuat, tetapi kami gagal memanfaatkan peluang terhidang.
"Keputusan ini sukar untuk ditelan tetapi itulah bola sepak. Kami bermain seperti dirancang dan sepatutnya mampu beroleh keputusan lebih baik."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -menang-atasi-villa |
|
|
|
|
|
|
| |
|