View: 33152|Reply: 22
|
Taylor Swift dikecam ‘main lidah’ selepas kekasih menang Super Bowl
[Copy link]
|
|
Taylor Swift (kanan) berpelukan dengan kekasih Travis Kelce selepas pasukan Chiefs dinobatkan sebagai juara kejohanan sukan bola sepak terbesar Amerika, Super Bowl 2024.
BERCIUM dengan teman lelaki Travis Kelce sejurus selepas pasukan lelaki itu, Kansas City Chiefs menjuarai kejohanan tahunan sukan bola sepak Amerika, Super Bowl 2024, penyanyi ternama Taylor Swift sekali lagi menerima kecaman hebat.
Ramai peminat tidak berpuas hati terhadap Swift apabila dia dilihat sengaja mencuri tumpuan dalam sukan nombor satu Amerika Syarikat itu sedangkan yang bertanding adalah kekasihnya.
“Kenapa bola sepak Amerika jadi tentang Taylor Swift? Dia kelihatan keliru dan tak tahu apa-apa tentang sukan itu.
“Baik letakkan fokus kepada para pemain yang bermati-matian bermain atas padang bukan wanita yang sekadar tunjuk minuman bergelas setiap kali kamera dibidik ke arah dirinya,” demikian antara komen peminat dalam media sosial.
TAYLOR (dres hitam) dikecam kerana berkucupan dengan kekasih, Travic Kelce selepas pasukan Kansas City Chiefs menjuarai kejohanan tahunan sukan bola sepak Amerika, Super Bowl 2024. – GETTY IMAGES.
Adele backup
Minggu lalu, Taylor menerima kecaman hebat netizen apabila dikatakan tidak menunjukkan rasa hormat terhadap legenda Celine Dion ketika menerima trofi Album Terbaik pada Grammy Awards ke-66.
Bagaimanapun, penyanyi Britain Adele tetap mempertahankan Swift yang menerima kecaman bertubi-tubi daripada netizen.
“Kalian yang sibuk mengecam Swift kerana hadir ke perlawanan memberi sokongan kepada kekasihnya, tolong, get a life! (cari bahagia hidup sendiri!),” ujarnya dalam satu persembahan sebelum ini.
Terdahulu, Kansas City Chiefs diangkat sebagai juara Super Bowl LVIII usai mengalahkan San Francisco 49ers dengan skor 25-22 di Stadium Allegiant, Nevada, Amerika Syarikat.
Usher hebat main rollerblade!
Pentas stadium dimeriahkan persembahan Halftime Show dengan kemunculan penyanyi Usher yang cemerlang mendendangkan seleksi hitnya seperti Caught Up, U Don’t Have a Call, Love In This Club dan banyak lagi dalam tempoh hampir 13 minit.
Lama mendiamkan diri disebabkan skandal seks, Usher dipuji ramai selepas mengadakan persembahan hebat di pentas Haltime Show Super Bowl 2024.
Selain menghadirkan persembahan penuh bertenaga dengan pertukaran busana luar biasa, Usher atau nama sebenarnya, Usher Raymond IV mencuri perhatian audiens dengan menanggalkan baju ketika melakukan persembahan, sekali gus mempamerkan badan kekar kepada lebih 60,000 penonton di stadium.
Lelaki berusia 46 tahun itu turut mengimbau nostalgia apabila menari dan menyanyi seraya menggunakan rollerblade atau kasut roda ketika mendendangkan lagu popularnya.
Turut mencuri tumpuan juga adalah kelibat penyanyi legenda, Alicia Keys yang juga pemenang 16 trofi Grammy ketika berduet dengan Usher menyanyikan lagu malar hijau, My Boo.
Aksi Usher bersama pasangan duetnya, Alicia keys usai mendendangkan lagu hit mereka, My Boo di pentas Super Bowl 2024.
Bagaimanapun, vokal Alicia ketika menyanyikan lagu tersebut yang dimedleykan dengan dentingan piano lagu If I Ain’t Got You beberapa kali ‘tergelincir’ sekali gus membuatkan ramai mengkritik aksinya di pentas Super Bowl.
“Alicia Keys patut minum air lemon sebelum memulakan nyanyian atau persembahan,” itu antara komen ditinggalkan netizen dalam aplikasi X.
Super Bowl 2024 atau LVIII dihadiri ramai penghibur berstatus ‘papan atas’ Hollywood termasuklah, Beyonce, Lady Gaga, Lana Del Rey, Blake Lively, Justin Bieber, Ciara dan ramai lagi. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... -menang-super-bowl/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
haters kt X kata taylor won super bowl... bukannya chiefs |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by delia3003 at 13-2-2024 12:07 AM
Couple ni byk betul PDA, kekonon new power couple. I tak suka swifties, kaki buli ex-bfs TS dah mcm diorang plak paling tersakiti. Salah minah ni la, asyik buat lagu pasal ex-bfs.
I rasa Joe A tu dah bagus, takde la nak tumpang populariti TS, low profile je. Lama couple ingatkan berjodohan, putus jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian 49'ers. X der luck. Cuma aku x paham. Patu FG tu depa dah menang
Rules OT kena TD kut.
Congrats KCC. Kombo PM15 dan andy reid mungkin boleh lawan Pats 12 SB wins. But kalau nk lawan TB12 7 SB rings? |
|
|
|
|
|
|
|
matseh replied at 13-2-2024 02:05 PM
Kesian 49'ers. X der luck. Cuma aku x paham. Patu FG tu depa dah menang
Rules OT kena TD kut.
Congr ...
Rare ni... org sini tau psl NFL ko penah study,keje sana ke? |
|
|
|
|
|
|
|
X lah.
Cerita TB12 tu inspired ramai atlit.
Patrick Mahomes mungkin boleh capai 7 kali juara sbb dia masih muda.
Aku pun dah stop tgk NFL, semenjak Brady retired. Aku tgk sikit2 je
|
|
|
|
|
|
|
|
matseh replied at 13-2-2024 05:26 PM
X lah.
Cerita TB12 tu inspired ramai atlit.
Patrick Mahomes mungkin boleh capai 7 kali juara sbb ...
Kalo Brady retired tu kira baru lagi laa.. |
|
|
|
|
|
|
|
saja ngada duk usaha bagi joe jeles...koser joe nak layan
joe diam pun sibuk swiftie duk kutuk dia mcm2
letak nama album baru pun berkait dgn joe
buat lagu pun nak fefeeling lana del ray
sekian dari meolls a casual swiftie yang kdg2 menyampah dgn sheolls |
|
|
|
|
|
|
|
walaupun i swiftie. i dulu berharap dia settle down dgn Joe A. mereka putus pun masih misteri pada i.walaupun kita sering kali dnegnar TS masih lagi nk capai impian dia dalam career. TK ni memang hot la.antara bf TS TK ni la dia daring dan selalu PDA. |
|
|
|
|
|
|
|
delia3003 replied at 13-2-2024 12:05 AM
Couple ni byk betul PDA, kekonon new power couple. I tak suka swifties, kaki buli ex-bfs TS dah mcm ...
Ai nampak more to PR act sajork, rasa mcm baru je baca dia minst travis tetibe pejsm celik dah kapel pulsk dgn TS cepat sgt , Joe tue dahlah hensem ingat leh tahan lama
dgn TS |
|
|
|
|
|
|
|
sarah_ary2 replied at 17-2-2024 10:40 PM
Ai nampak more to PR act sajork, rasa mcm baru je baca dia minst travis tetibe pejsm celik dah kap ...
Lama dia dengan Joe A, 6 tahun, paling lama bertahan setakat ni. TS ni dulu bersilih ganti bf. |
|
|
|
|
|
|
|
Go go tay tay......skrg org pergi konsert taylor da ada yg pkai jerser kelce 87 |
|
|
|
|
|
|
|
tunggu lah nanti deme putuih...TK pula kena serang dengan swiftie. Tapi setakat ni TK nampak mcm baran orangnya. Dengan badan besau gitu agak scary lah rupa dia. Sweet lagi abang dia jason ke apa nama tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
delia3003 replied at 13-2-2024 12:05 AM
Couple ni byk betul PDA, kekonon new power couple. I tak suka swifties, kaki buli ex-bfs TS dah mcm ...
Swifties dah divide into 2 dah. 1 side JA 1 lg travis . Rugi taylor, i rasa JA tu the best she ever had after TL . Makin hensem plak JA now. Travis ni mcm bimboy jah. Kalau break up confirm ni relationship plg messy |
|
|
|
|
|
|
|
mzzenma replied at 16-2-2024 03:31 PM
saja ngada duk usaha bagi joe jeles...koser joe nak layan
joe diam pun sibuk swiftie duk kutuk dia m ...
I syak she x move on lg from JA completely. Tu yg PDA memanjang. Dia mana pernah pda over sgt mcm ni . X sabar tggu TK - TL break sbb confirm akn sgt2 messy. Mgkin 2 album utk rant ke TK |
|
|
|
|
|
|
|
anony-mous replied at 25-2-2024 05:47 AM
I syak she x move on lg from JA completely. Tu yg PDA memanjang. Dia mana pernah pda over sgt mcm ...
mzz pun suspect dia x move on..pastu joe pula relaks2 je takde merempan ke, sedih2 sgt ke. Ts tak puas hati lah. Cara dia lari2 gi peluk cium tk pun sama dgn masa dia dgn joe dlm miss americana..tapi lagi over hahah
Tapi dgn tk ni sesuai sbb heolls pun gila publisiti and attention |
|
|
|
|
|
|
|
fuhh terer ek ko pasal game NFL, pyh nak jmp org reti tgk NFL ni.
iols stakat liverpool vs chelsea mlm smlm menang tau laa,
if american football, mmg out laa tak reti.
|
|
|
|
|
|
|
|
tapi sheol dgn JA lama gak ek, tak salah 6 taon kot.
alih2 putus sbb katanya differences in their personalities.. aaacentuu..
|
|
|
|
|
|
|
|
X le follow sangat. Tapi aku terfolow bila tengok filem "Draft Day".
By the way, Budak2 akedemi Liverpool menang Piala Kerbau pagi tadi
|
|
|
|
|
|
|
| |
|