View: 8963|Reply: 5
|
Aksi cium Hrithik, Deepika cetus kontroversi
[Copy link]
|
|
ADEGAN bercium Hrithik Roshan dan Deepika Padukone dalam filem Fighter dikutuk memalukan.
ADEGAN berkucupan dalam filem Fighter antara dua pelakon sensasi, Hrithik Roshan dan Deepika Padukone mengundang kecaman ramai.
Dianggap melampau dan melanggar sensitiviti awam, babak mendebarkan dalam naskhah tersebut tular dalam media sosial.
Beberapa hari lalu, seorang anggota Angkatan Udara India (IAF) membuat laporan polis terhadap pembikin filem tersebut disebabkan babak terbabit.
Hrithik dan Deepika berperanan sebagai perwira IAF, sekali gus dianggap sesuatu yang mencemarkan seragam dihormati itu.
Anggota yang membuat aduan itu berpendapat, babak ciuman dalam persalinan seragam sebagai memalukan pasukan keselamatan negara.
Begitupun, sutradara Siddharth Anand mengatakan pihaknya telah meminta pandangan pelbagai pihak sebelum menerbitkan naskhah terbaik.
“IAF juga antara rakan kerjasama dalam filem ini dan melalui prosedur yang sangat teliti bermula skrip sehingga kepada kerja penerbitan.
“Setakat ini Fighter juga lulus tapisan daripada badan penapisan wajib, sekali gus menunjukkan tiada isu memalukan atau sebagainya,” ulasnya.
Ini bukan kali pertama Hrithik berdepan kontroversi membabitkan adegan ciuman.
Dalam Dhoom 2 yang diterbitkan pada tahun 2006, dia dikecam ramai kerana bercium penuh ghairah dengan Aishwarya Rai.
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... -cetus-kontroversi/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
selama ni kalau filem korang duk gomol2 tu takpe lak? kalau kiss btl2 x leh? ape beza dgn korang pegang sana sini tempat sensitif masa menyanyi joget dlm video?
ke hanya sb isu pakaian seragam je jd x boleh tetiber ni? kalau bukan sb pakaian seragam, x jd isu? |
|
|
|
|
|
|
|
bukan ker cerita hindustan / tamil now dah byk daring mcm hollywood ke? cer tgk kat netflix tu siap aksi beromen bagai India pun dah hilang kesopanan |
|
|
|
|
|
|
|
chipsmoremore replied at 15-2-2024 05:59 PM
bukan ker cerita hindustan / tamil now dah byk daring mcm hollywood ke? cer tgk kat netflix tu siap ...
Ada ke cerita yg sopan kat netflix???akhir zaman ni sume dh liberal,dulu2 adegen kiss scene takat tunjuk hero heroin pusing badan tunjuk belakang je sekarng ni selamba je french kiss terus x kisah la hollywood ke bollywood ke apa2 wood pon |
|
|
|
|
|
|
|
khennnn..hilang kesopanan dan ketatasusilaan .. tapi maybe sbb scne tu berpakaian uniform.. tak molek la..kalau ko pakai baju lain hatta vogel sekali pun, takde la kontroversi sangat
|
|
|
|
|
|
|
|
tapi Hrithik makin ganteng, makin auuumm..bertuah gepren dia si Saba tuu..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|