View: 6721|Reply: 0
|
Komputer super ramal Arsenal juara liga
[Copy link]
|
|
Komputer super meramalkan Arsenal akan menjulang trofi Liga Perdana Inggeris pada Mei tahun ini
LONDON: Komputer super meramalkan Arsenal akan menjulang trofi Liga Perdana Inggeris pada Mei tahun ini.
Arsenal diramalkan muncul juara, diikuti Liverpool dan juara treble musim lalu, Manchester City di tangga tempat ketiga.
Aston Villa akan melengkapkan kelompok empat teratas, walaupun baru sahaja tewas kepada pesaing kelayakan Liga Juara-Juara Eropah, Manchester United.
Ramalan berkenaan dibuat berdasarkan data Liga Perdana Inggeris pada musim-musim sebelumnya termasuk aksi-aksi pra-musim.
Kecerdasan buatan turut memasukkan data kemenangan 6-0 Arsenal ke atas West Ham pada Ahad lalu dan meramalkan The Gunners akan mengatasi Liverpool dengan kelebihan satu mata untuk muncul juara buat pertama kali sejak tahun 2004.
Spurs yang diramalkan akan menamatkan saingan di tempat kelima, masih boleh mengharapkan tiket ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan sekiranya Liverpool atau Manchester City menjuarai kejohanan itu musim ini.
Newcastle dijangka akan menamatkan saingan di tangga keenam manakala Manchester United sekadar mampu menyertai Liga Konferens Eropah musim depan.
Sheffield United, Burnley dan Luton pula diramalkan akan kembali ke Liga Kejuaraan. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... -arsenal-juara-liga |
|
|
|
|
|
|
| |
|