View: 7075|Reply: 0
|
Diaz selamatkan Madrid di Leipzig
[Copy link]
|
|
Penjaga gol Real Madrid, Andriy Lunin (kanan) beraksi cemerlang memastikan gawang tidak dibolosi ketika aksi pertama pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara Eropah menentang RB Leipzig di Red Bull Arena, Leipzig. - Foto REUTERS
Previous
Next
LEIPZIG: Pemain Real Madrid, Brahim Diaz meledak gol tunggal ketika pasukannya menewaskan RB Leipzig 1-0 pada aksi pertama pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara Eropah.
Pemain 24 tahun itu, yang menggantikan Jude Bellingham, memecah kebuntuan selepas melakukan larian solo pada minit ke-48.
Penjaga gol Real, Andriy Lunin turut memastikan kelebihan Real kekal hingga tamat perlawanan dengan menyelamatkan beberapa percubaan tuan rumah.
Ia adalah kemenangan ketujuh berturut-turut kelab gergasi Sepanyol itu dalam kejohanan berkenaan.
Dalam aksi di Red Bull Arena, Benjamin Sesko membuka jaringan untuk tuan rumah pada minit ketiga, namun dibatalkan oleh VAR.
Pemain Slovenia itu mempunyai satu lagi peluang sebelum Real mula mendapat rentak dan turut mencipta peluang menerusi Rodrygo, yang membuat penampilan ke-200 untuk kelab.
Leipzig kembali agresif selepas rehat tetapi penyokong tuan rumah terdiam apabila Diaz, mengutip bola dari tepi padang sebelum menewaskan tiga pemain dan melencongkan bola melepas penjaga gol, Peter Gulacsi.
Tuan rumah hampir menyamakan kedudukan dua minit kemudian tetapi Lunin menghalang percubaan Dani Olmo sebelum menafikan percubaan susulan Sesko.
Real turun tanpa beberapa tonggaknya yang cedera, termasuk Bellingham dan penjaga gol Thibaut Courtois. - REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... n-madrid-di-leipzig |
|
|
|
|
|
|
| |
|